Mengapa Kita Perlu Menjaga Haqq Allah

Apakah makna Haqq? Haqq ialah salah satu nama Allah yang juga bermakna kebenaran. Jadi mengapa kita perlu menjaga Haqq atau kebenaran? Kebenaran ialah apa sahaja yang terkandung didalam Al-Quranul Kareem. Al-Quran adalah Kalaam Allah atau kata-kata Allah. Jadi apabila kita menjaga Haqq Allah, kita juga akan menjaga kebenaran yang terkandung didalam mukjizat terbesar nabi MuhammadContinue reading “Mengapa Kita Perlu Menjaga Haqq Allah”

Mengapa Kita Perlu sentiasa Bersyukur atas Nikmat Allah?

Bersyukur akan membawa kita semakin dekat dengan Allah, membawa barakah dalam kehidupan kita, akan dapat menambahkan Rezqi dan juga kebahagiaan di dunia dan akhirat. Wajib kita perlu ambil iktibar dan teladan dari kisah yang sangat menarik didalam Al-Quran al – Kareem iaitu kisah Bani Israel yang tidak memahami erti kesyukuran…. Firman Allah swt. يَا بَنِيContinue reading “Mengapa Kita Perlu sentiasa Bersyukur atas Nikmat Allah?”

Apakah istiqamah?

Mengapa kita perlu ada istiqamah? Kehidupan dalam keimanan tak semestinya perlu berbuat sesuatu yang berlebihan tetapi dalam kesederhanaan dan dalam keadaan selalu dan sentiasa. Mengikut sabda junjungan kita nabi Muhammad (saw), “Amalan yang sedikit tetapi berteruskanlah yang paling disukai Allah”. Sebagai ciptaan Allah, sudah tentu Dia mengetahui bahawa manusia ini lemah dan diberi nafsu untuk kitaContinue reading “Apakah istiqamah?”

Zuhudkan Diri Melalui Zikrullah

Apakah makna berzikir dan mengzuhudkan diri kita? Zikrullah dari segi bahasa bermakna mengingati Allah, tetapi dari segi shariah bukan sekadar mengingati Allah, ia adalah mengingati Allah dengan penuh ketaatan dan perasaan pengabdian diri dengan keimaanan dan ketaqwaan diri kepada Allah swt. Jadi melalui zikrullah kita akan dapat mengzuhudkan diri untuk menjadi seorang Insan yang lebihContinue reading “Zuhudkan Diri Melalui Zikrullah”

Mengapa Kita Perlu Bersedekah?

Bersedekah adalah sesuatu kewajipan dan tugas kita sebagai seorang Muslim. Bersedekah adalah salah satu tuntutan agama Islam, antara sebab-sebabnya ialah :- Dari segi peribadi : • akan dapat keredhaan Allah swt• akan dapat ketenangkan jiwa• memanjangkan umur seseorang• dimurahkan rezeki• diampunkan dosa kecil• dipermudahkan urusan dunia dan akhirat• dirahmati Allah• menolak bala dan musibah• mengikutContinue reading “Mengapa Kita Perlu Bersedekah?”

Merdekakan Diri Sendiri

Bagi sesetengah orang, makna merdeka ialah kebebasan. Tetapi apakah makna kebebasan sebenarnya? Setelah sekian lama saya mencari makna merdeka dan kebebasan. Bagi saya merdeka atau kebebasan mempunyai banyak makna. Tetapi yang paling ketara ialah membebaskan diri kita dari dibelenggu oleh kesempitan yang telah kita buat sendiri. Jadi kita seharusnya bebaskan diri perkara perkara yang tidakContinue reading “Merdekakan Diri Sendiri”

Ruqyah merupakan satu Rahmah dari Allah swt.

Ruqyah adalah Rahmah Allah untuk kita Firman Allah swt.وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Makna: Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Qur’an itu) hanya akan menambah kerugian. (Al-Quran 17:82) Meaning: We send downContinue reading “Ruqyah merupakan satu Rahmah dari Allah swt.”

Mengapa Kita Perlu Ada Hubungan Baik Dengan Allah

Dengan adanya hubungan baik dan rapat dengan Allah swt. Kita akan dapat 1)  keredhaan dari Allah2)  belas kasihan dan rahmah dari Allah3)  pengampunan dari Allah4)  dimakbulkan doa kita apabila tiba waktu yang ditetapkan dan pada masa yang terbaik untuk kita5)  dijauhkan dari musibah6)  pertolongan yang tak disangka7)  ilham yang terbaik dan tepat dari Allah8)  ketenanganContinue reading “Mengapa Kita Perlu Ada Hubungan Baik Dengan Allah”

Shahadah adalah Nyawa Ibadah

Apakah itu ibadah? Semua tingkah-laku kita bermula dengan niat atau lafaz shahadah. Sebagai seorang Muslim setiap perbuatan kita adalah ibadah yang bermula dengan shahadah. Jadi didalam niat kita perlulah adanya shahadah iaitu niat kita untuk melakukan sesuatu hanyalah kerana Allah. Jadi apakah itu shahadah? Shahadah ialah rukun islam yang pertama yang mesti ditasbitkan didalam jiwaContinue reading “Shahadah adalah Nyawa Ibadah”

Puasa Hari Ashura

Sekiranya ada di antara kita yang terlepas peluang berpuasa pada Hari Arafah tahun ini, Allah swt telah memberi satu lagi peluang yang istimewa dengan ganjaran besar iaitu berpuasa pada hari Ashura di Bulan Mulia Muharram. Junjungan kita Nabi Muhammad (saw) telah bersabda bahawa Puasa ‘Ashura akan menghapus dosa setahun yang lalu (Muslim) Berpuasa pada hariContinue reading “Puasa Hari Ashura”

Apakah Penghijrahan?

Muharram ialah bulan pertama dalam kalender Islam bagi seluruh ummah Islam. Dalam sejarah Islam telah berlaku Hijrah Rasulullah (saw), menuju ke destinasi baru, Kota Yathrib (Madinah) melalui pelbagai cabaran iaitu Rasulallah telah dikejar dan diancam pihak musuh musyrikin diMekah. Mengapa kita menyambut Tahun Baru Hijrah pada bulan Muharram sedangkan Nabi Muhammad (saw) berhijrah pada bulanContinue reading “Apakah Penghijrahan?”

Pandemik Sebagai Peringatan!

Junjungan kita Nabi Muhammad (saw) telah mengatakan bahawa wabak adalah hukuman bagi sesetengah orang sebagaimana yang ditentukan oleh Allah, tetapi wabak juga merupakan rahmat bagi sesetengah orang sebagaimana yang ditentukan oleh Allah. Apakah maksud dengan hadis junjungan Nabi kita ini? Adakah ia satu hukuman atau satu rahmat? Di sebalik wabak ini atau setiap ujian adaContinue reading “Pandemik Sebagai Peringatan!”

Wudhu Pencegah Wabak Pandemik

Mengapa kita diwajibkan untuk mengambil wudhu sebelum solat? Mengambil wudhu bukan sekadar mengambil air dan membersihkan segala kotoran dianggota badan kita. Di mata Zahir jawapanya mungkin adalah iya …. begitu, tetapi maksud mangambil wudhu adalah lebih dari mata kasar kita. Kalau tidak ada wudhu haram kita melakukan banyak Ibadah termasuk, solat 5 waktu, tawaf BaithuLlahContinue reading “Wudhu Pencegah Wabak Pandemik”

Hidup Andai Kekili Hos….

Kehidupan kita bermula dengan lancar tetapi kita sendiri yang menjadikan kehidupan kita penuh dengan kekusutan dan keserabutan…. Tak perlu lihat jauh tetapi lihatlah pada kekili hos pokok ini yang kalau tidak dililt dengan betul dan rapi mengikut gulungannya, kekili hos pokok ini akan menjadi kusut, tersekat dan tersepit yang menjadikan kekili hos itu susah nakContinue reading “Hidup Andai Kekili Hos….”

Bagaimanakah Hubungan Kita Dengan Allah?

Setiap dari kita pasti ada hubungan sesama manusia….. Hubungan antara kedua ibu-bapa dengan anak masing-masing. Hubungan antara adik-beradik dan sesama saudara. Hubungan antara pasangan suami isteri yang halal. Hubungan seperti ini adalah hubungan yang jelas dan boleh terputus bila-bila masa iaitu melalui perpisahan atau kematian. Terdapat hanya satu satunya hubungan yang rahsia dan hubungan ituContinue reading “Bagaimanakah Hubungan Kita Dengan Allah?”

Adakah Kita Redha dengan Taqdir Allah?

Redha dengan qada’ dan qadar Allah swt itu ialah menerima segala yang telah ditetapkan oleh Allah swt dengan penuh ikhlas. Maksud dengan “Keredhaan” ialah apabila kita ditaqdirkan untuk menerima sesuatu qadha atau qadr dari Allah kita menerima perkara itu secara redha mahu pun baik atau buruk. Mengapa kita mesti meredhai sesuatu dari Allah swt? JawapanyaContinue reading “Adakah Kita Redha dengan Taqdir Allah?”

Apakah Pengorbanan Kita Untuk Allah?

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Ia adalah satu perayaan untuk menandakan pengorbanan kita untuk Allah Maha Esa. Jadi sudahkah kita memberi pengorbanan untuk Allah? Apakah pengabadian dan pengorbanan kita untuk Allah, Pencipta kita? Sudahkah kita berkorban sepenuhnya untuk Allah yang Maha Esa? Pada akhir Zaman ini, kita akan menghadapi pelbagai ujian. ContohnyaContinue reading “Apakah Pengorbanan Kita Untuk Allah?”

Apakah Qadha dan Qadar?

Mengapa kita perlu mempercayai qadha dan qadar? Qadha dan qadar ialah salah satu rukun iman yang wajib kita percaya sebagai seorang yang beragama Islam. Terdapat 6 Rukun Iman, iaitu : 1) Percayai pada Allah swt. 2) Percayai pada Malaikat 3) Percayai pada Al-Quranul Karim 4) Percayai pada Nabi dan Rasul-rasul Allah 5) Percayai pada HariContinue reading “Apakah Qadha dan Qadar?”

Apakah Penyakit Hati?

Penyakit hati adalah benar dan perlu diubati dengan ubat yang mujarrab. Apakah Tanda Penyakit Hati? Hati atau Qalbu kita ialah penggerak kita atau nucleus kehidupan kita.Apa sahaja yang ingin kita lakukan bermula dengan niat melalui hati kita. Jika hati kita tidak sihat atau berpenyakit maka kita akan berbuat sesuatu tanpa berteraskan pada agama kita atauContinue reading “Apakah Penyakit Hati?”

Apakah Kedudukan Niat dalam Ibadah?

Kita selalu akan mulakan sesuatu perkara dengan niat…… Mengapa Niat Itu dikira sebagai Ibadah? Apakah Niat? Mengapa ia penting didalam kehidupan kita? Mengapa niat itu menjadi tiang ibadah? Jawapan kepada soalan- soalan di atas terdapat dalam hadis Nabi (saw) ini.“Segala amal perbuatan bergantung pada niat dan setiap orang akan memperoleh pahala sesuai dengan niatnya. MakaContinue reading “Apakah Kedudukan Niat dalam Ibadah?”

Mengapa Perlu Adanya Akidah?

Apakah itu Aqidah? Mengapa ia penting dan mengapa kita perlukan Aqidah dalam kehidupan kita seharian? Sebenarnya apa yang kita fahami mengenai Aqidah? “Aqidah (العقيدة) dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab (عَقَدَ) yang bermakna ‘ikatan’ atau ‘sangkutan’ atau menyimpulkan sesuatu.” “Menurut istilah (terminologis) ‘aqidah’ bererti ‘kepercayaan’, ‘keyakinan’ atau ‘keimanan’ yang murni (hanif) dan tidak mudah terurai oleh pengaruh manaContinue reading “Mengapa Perlu Adanya Akidah?”

Adakah Kita Betul Ikhlas?

Apakah keikhlasan? Mengapa Hati atau Qalbu kita perlu ada keikhlasan? Keikhlasan adalah satu perkataan yang kita selalu lafaz tetapi adakah kita betul-betul ikhlas di dalam semua urusan kita? Keikhlasan adalah akar tiang Iman dan aqidah kita. Tanpa keikhlasan, Allah swt. tidak akan menerima apa-apa dari kita. Hati kita adalah tempat keikhlasan kita. Keikhlasan adalah kerjaContinue reading “Adakah Kita Betul Ikhlas?”

Kebersihan Hati – Kenapa Kita Perlu Membersihkan Hati Kita?

Hati kita ialah seketul daging yang merupakan penggerak untuk segala perbuatan dan tingkah-laku kita. Hati kita yang menjadikan kita…. apa kita terlintas dihati, itulah kita ….. maknanya jika kita fikir perkara yang tidak baik, atau melakukan perkara yang tidak baik sebabnya ialah hati kita, dan berfikiran kita untuk melakukan perkara yang baik juga datang dariContinue reading “Kebersihan Hati – Kenapa Kita Perlu Membersihkan Hati Kita?”

Mengapa Berdoa Merupakan Perisai Bagi Orang Muslim?

Apakah itu berdoa? Mengapa berdoa itu penting? Sebelum saya memahami mengapa berdoa itu penting, saya selalu terjumpa buku (sebelum PKP) dikedai atau diberi semasa majlis kenduri atau aqiqah – “Doa Perisai Seorang Muslim”. Saya selalu tertanya apakah maksud di sebalik ‘berdoa itu adalah perisai atau pelindung kita’? Mengapakah ia perisai atau pendinding kita? Mungkin sayaContinue reading “Mengapa Berdoa Merupakan Perisai Bagi Orang Muslim?”

Allah Itu Siapa? Kenapa Kita Mesti Mengenali Allah?

Siapakah Allah? Mengapa kita perlu mengenali Allah? Dan bagaimana caranya untuk kita mengenali Allah lebih dekat? Jikalau saya ingin menceritakan Siapa itu Allah, blog ini tidak akan cukup untuk kita mengenali Allah dan keAgunganNya. Jadi untuk permulaan, saya akan ambil apa yang Allah sendiri mengenalkan diriNya dari kitab suci Al-Quran. Allah swt telah menerangkan mengenaiNyaContinue reading “Allah Itu Siapa? Kenapa Kita Mesti Mengenali Allah?”

Mengapa Covid-19 Masih Mengganas Dan Tak Ada Tanda Untuk Berkurangan?

Sudah hampir 2 tahun, Allah telah menurunkan wabak penyakit bernama Covid-19. Hanya Allah swt sahaja Maha Mengetahui Sebab dan Hikmah sebaliknya. Ada seketika ia melihatkan tanda ia akan berkurangan mengikut landaian graf tetapi semakin hari, semakin melambung tinggi dan menjadi tak terkawal… NaoozubilLah min zalik 🤲 Mengapa keaadan menjadi sebegini walaupun adanya vaksin? Mengapa AllahContinue reading “Mengapa Covid-19 Masih Mengganas Dan Tak Ada Tanda Untuk Berkurangan?”

Adakah Ibadah Puasa Kita Diterima Oleh Allah swt?

Setelah sebulan kita telah melawan nafsu kita dari• makan dan minum dari waktu subuh hingga ke maghrib• bercakap tentang perkara yang tidak memberi sebarang manfaat• menahan nafsu batin untuk bersama dengan pasangan halal kita diwaktu siang hari… Setelah sebulan kita telah berusaha dengan daya upaya untuk melakukan amal solihat seprti • Berpuasa sepanjang bulan RamadhanContinue reading “Adakah Ibadah Puasa Kita Diterima Oleh Allah swt?”

Sunat Puasa Enam Syawal dan Nikmatnya

Alhamdulilllah, kita diberi peluang untuk mengabdikan diri kepada Allah selama 30 hari di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Kita juga disunatkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad (saw) untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal. Apakah fadhilat dan manfaat berpuasa 6 ini? Antaranya ialah : •  Enam hari berpuasa pada bulan Syawwal ini adalah sama sepertiContinue reading “Sunat Puasa Enam Syawal dan Nikmatnya”

Satu Syawal : Hari Kemenangan Orang Yang Beriman

Syawal sudah menjelang, Alhamdulilllah! Tetapi adakah sayawal satu kemenangan untuk kita semua???!!!! Sudahkah kita betul-betul menang? dari hawa nafsu yang memusnahkan manusia, antaranya : • Kita dapat melawan nafsu ammarah dan berusaha dapatkan  nafsu muthmainnah.• Kita dapat berusaha sepenuhnya untuk mendaptkan taqwa.• Kita dapat mengabdikan diri melalui taat setia kepada perintah -perintah Allah swt.• KitaContinue reading “Satu Syawal : Hari Kemenangan Orang Yang Beriman”

Apakah Zakat? Dan Apakah Hikmah Kewajiban Berzakat?

Dalam Islam Zakat ialah salah satu Rukun Islam. Ia adalah rukun islam yang keempat dan termasuk dalam kategori ibadah wajib. Zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Terdapat dua jenis Zakat, Zakat Harta dan Zakat Fitrah, kedua-dua ini adalah wajib mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh shariah. Zakat Harta : Zakat hartaContinue reading “Apakah Zakat? Dan Apakah Hikmah Kewajiban Berzakat?”

Lailathul Qadr : Hadiah Unik dari Allah swt

Satu malam bersamaan atau lebih baik dari 1000 bulan! Itulah hakikatnya sebenar – benar malam Lailathul Qadar yang Terindah. 1 malam lebih utama dari 1000 bulan atau lebih dari 83 tahun amal kebaikan yang kita telah buat. Allah swt telah kurniakan kita malam yang maha mulia ini untuk mendapatkan keredhaanNya, penghampunanNya serta keselamatan dan perlindunganContinue reading “Lailathul Qadr : Hadiah Unik dari Allah swt”

Design a site like this with WordPress.com
Get started