Apakah Zakat? Dan Apakah Hikmah Kewajiban Berzakat?

Dalam Islam Zakat ialah salah satu Rukun Islam. Ia adalah rukun islam yang keempat dan termasuk dalam kategori ibadah wajib.

Zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.

Terdapat dua jenis Zakat, Zakat Harta dan Zakat Fitrah, kedua-dua ini adalah wajib mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh shariah.

Zakat Harta :

Zakat harta adalah wajib di atas setiap seorang Muslim apabila dia telah layak mengeluarkan zakat hartanya mengikut hukum shariah.

Apa kah Zakat Harta?

Zakat harta mengikut hukum shariah adalah untuk membersihkan harta yang dimiliki kerana Allah swt. Dengan pemberian zakat kepada asnaf mengikut hukum shariah, akan dapat membasmi kemiskinan dan juga keadilan ekonomi di muka bumi ini.

Zakat Fitrah:

Zakat Fitrah, wajib dikeluarkan selepas berbuka puasa untuk beraya dan selesainya Ramadan kerana Allah. Zakat Fitrah wajib diberi sebelum solah Eid kepada faqir miskin.

Apakah itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Ini adalah selpas kita telah berpuasa hampir sebulan untuk penyucian jiwa kita dan menjadi orang-orang bertaqwah kerana Allah, Pencipta kita yang Maha Agung. Alhamdulilllah, syukur pada Allah swt.

Melalui pemberian zakat harta dan juga zakat fitrah kita akan dapat menyuci jiwa dan juga bersihkan harta yang kita miliki.

Mengapa kita perlu menyucikan harta dan jiwa kita melalui pemberian zakat? Antaranya ialah:

• untuk memperhambakan dirinya kepada Allah dan  patuh dan tunduk kepada kehendak dan arahan Allah swt.

• Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt kerana kita diberi banyak rezeki dengan menikmati pelbagai jenis makanan, kesihatan, pakaian dan juga tempat tinggal yang selesa.

• sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah swt atas segala kenikmatan dan keselesaan yang diberikan kepada kita

• untuk merasa belas kasihan kepada orang kurang bernasib baik

• supaya kita tidak merasa bahawa harta yang kita miliki bukan milik kita tetapi milik Allah swt.

• supaya dapat merendahkan diri kepada Allah swt kerana kita tahu bahawa semuanya adalah milik Allah swt, dan kita tidak mempunyai apa-apa.

• sebagai pengganti mengisi segala kekurangan dan kesilapan yang berlaku semasa kita berpuasa

• Berkongsi makanan dengan golongan yang tidak berkemampuan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu untuk keampunan-Mu atas segala kekurangan, kesilapan dan kesalahan kami dalam ibadah untukMu di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikanlah kepada kami jiwa yang tenang, tenteram, syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami dengan shafaa’ Ramdahan al-Mubarak.

Ameen ameen ameen ya Allah.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started