Rintihan Zahir Batin


1 May 2021

Atas permintaan beberapa orang, saya diminta memberi sedikit sebanyak tentang perkongsian mengenai perjalan saya untuk mengenal, memahami dan akhirnya untuk mencintai Allah, Pencipta teragung kita dan juga Pencipta sekalian alam semesta ini…

Kisah saya bermula lebih kurang 20 yang lalu apabila anak yang saya kandung tiba-tiba meninggal didalam kandungan selepas 8 bulan di dalam kandungan saya…..

Dari sinilah bermula kisah mencari, mengenali dan mencintai Allah Pencipta yang maha kaya bermula untuk saya.

Sudah bertahun saya ingin untuk memberi perkongsian ini, jadi untuk mengambil barakah didalam sepulah hari akhir Ramadhan ini saya akan mulakan sedikit sebanyak yang kita harungi untuk mengenal dan akirnya untuk mencintai Allah yang maha penyang dan pemurah….. Allahu Akhbar!

Ya Allah, inilah Rintihan Zahir Dan Batinku…



Mengapa Kita Perlu Menjaga Haqq Allah

Apakah makna Haqq? Haqq ialah salah satu nama Allah yang juga bermakna kebenaran. Jadi mengapa kita perlu menjaga Haqq atau kebenaran? Kebenaran ialah apa sahaja yang terkandung didalam Al-Quranul Kareem. Al-Quran adalah Kalaam Allah atau kata-kata Allah. Jadi apabila kita menjaga Haqq Allah, kita juga akan menjaga kebenaran yang terkandung didalam mukjizat terbesar nabi MuhammadContinue reading “Mengapa Kita Perlu Menjaga Haqq Allah”

Mengapa Kita Perlu sentiasa Bersyukur atas Nikmat Allah?

Bersyukur akan membawa kita semakin dekat dengan Allah, membawa barakah dalam kehidupan kita, akan dapat menambahkan Rezqi dan juga kebahagiaan di dunia dan akhirat. Wajib kita perlu ambil iktibar dan teladan dari kisah yang sangat menarik didalam Al-Quran al – Kareem iaitu kisah Bani Israel yang tidak memahami erti kesyukuran…. Firman Allah swt. يَا بَنِيContinue reading “Mengapa Kita Perlu sentiasa Bersyukur atas Nikmat Allah?”

Apakah istiqamah?

Mengapa kita perlu ada istiqamah? Kehidupan dalam keimanan tak semestinya perlu berbuat sesuatu yang berlebihan tetapi dalam kesederhanaan dan dalam keadaan selalu dan sentiasa. Mengikut sabda junjungan kita nabi Muhammad (saw), “Amalan yang sedikit tetapi berteruskanlah yang paling disukai Allah”. Sebagai ciptaan Allah, sudah tentu Dia mengetahui bahawa manusia ini lemah dan diberi nafsu untuk kitaContinue reading “Apakah istiqamah?”

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: