Mengapa Kita Perlu Menjaga Haqq Allah

Apakah makna Haqq? Haqq ialah salah satu nama Allah yang juga bermakna kebenaran.

Jadi mengapa kita perlu menjaga Haqq atau kebenaran? Kebenaran ialah apa sahaja yang terkandung didalam Al-Quranul Kareem. Al-Quran adalah Kalaam Allah atau kata-kata Allah. Jadi apabila kita menjaga Haqq Allah, kita juga akan menjaga kebenaran yang terkandung didalam mukjizat terbesar nabi Muhammad (saw).

Apakah kelebihan untuk menjaga Haqq Allah? Apabila kita menjaga Haqq Allah, Allah akan menjaga Haqq kita. Sebagai contoh, apabila orang ramai memusuhi kita, tetapi bila kita telah memperjuangkan kenenaran untuk Allah, Allah akan menjaga kita dalam apa jua keadaan. Dari sejarah kehidupan junjungan kita nabi Muhammad (saw) kita melihat, apabila dicemuh oleh musuh-musuh Islam semasa baginda memperjuangkan Haqq Allah dalam menyebarkan dakwah pada mereka, Allah telah memberi segala pertolongan untuk melindungi nabi Muhammad (saw) dari serangan dan halangan dari semua musuh musuh Islam.

Jadi apabila kita berada dalam kebenaran yang ditetapkan oleh Al-Quranul Kareem, dan berada dalam akidah yang ditetapkan, kita tidak perlu merasa sangsi atau takut jika ramai yang tidak mengikut atau menentang kita. Yakinlah bahawa Allah akan menjaga kita dalam apa jua keadaan. In sha Allah.

Ya Allah ampunilah hambaMu yang sangat lemah ini dan yang sangat memerlukan bantuan Mu.

Kami mohon perlindungan dariMu dan dijauhkan dari kemungkaran dan tipu helah duniawi ini. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Mengapa Kita Perlu sentiasa Bersyukur atas Nikmat Allah?

Bersyukur akan membawa kita semakin dekat dengan Allah, membawa barakah dalam kehidupan kita, akan dapat menambahkan Rezqi dan juga kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Wajib kita perlu ambil iktibar dan teladan dari kisah yang sangat menarik didalam Al-Quran al – Kareem iaitu kisah Bani Israel yang tidak memahami erti kesyukuran….

Firman Allah swt.

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ 

“Wahai Bani Israil! Ingatlah nikmat-Ku yang telah Aku berikan kepadamu, dan Aku telah melebihkan kamu dari semua umat yang lain di alam ini (pada masa itu).” (al-Baqarah 47)

Tetapi mereka ingkar dan tidak bersyukur atas segala ni’kmat yang Allah kurniakan kepada mereka.

Bersyukur atas nik’mat Allah adalah wajib

Firman Allah swt.

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Maksudnya ialah :

Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu; dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah.” (An-Nahl ayat 114)

Mengapa kita wajib bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita?
antara kurniaan Allah yang paling menakjubkan ialah :-

•menjadi seorang Muslim

•sudah mengenal Allah dan RasulNya

•kebahagiaan kita

•kesihatan kita

•Pikiraan kita

•Ilmu pengetahuan kita

•cinta dan kasih sayang di antara kita

•Kehidupan keluarga

•kemewahan kehidupan kita

•penglihatan kita

•pendengaran kita

•pertuturan kita

Jika ditulis, tak terhingga banyaknya nikmat yang telah diberikan Allah

Jadi dengan demikian, kita wajib bersyukur atas nikmat Allah yang telah dikurniakan pada kita sebagai tanda bahawa

•kita adalah hamba Allah yang lemah jadi bersyukur menunjukkan kita berterima kasih atas nikmat diberi Allah

•kita wajib menundukkan diri kepada Allah dan mensyukuri nik’mat yang diberikan, kerana Allah adalah Pencipta kita dan hanya Allah sahaja yang mampu memberikan semua kebahagiaan

•kita tidak mahu menjadi seorang thakabbur seperti Iblis, jadi bersyukur adalah tanda kita merendahkan diri kepada Allah dan hukumNya.

•menunjukkan keinsafan kita sebagai seorang hamba Allah swt. yang sentiasa bersyukur kepadaNya.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami yang besar dan kecil yang kami melakukan secara sengaja atau bukan sengaja.

Ya Allah Jadikanlah kami semua di antara hamba-Mu yang selalu bersyukur kepada-Mu atas nikmat yang Engkau berikan,
khasnya kepada hambaMu yang lemah ini. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Apakah istiqamah?

Mengapa kita perlu ada istiqamah? Kehidupan dalam keimanan tak semestinya perlu berbuat sesuatu yang berlebihan tetapi dalam kesederhanaan dan dalam keadaan selalu dan sentiasa.

Mengikut sabda junjungan kita nabi Muhammad (saw), “Amalan yang sedikit tetapi berteruskanlah yang paling disukai Allah”. Sebagai ciptaan Allah, sudah tentu Dia mengetahui bahawa manusia ini lemah dan diberi nafsu untuk kita lawan supaya kita dapat berbuat sesuatu untukNya dalam keadaan semampu kita.

Istiqamah dari pemahaman saya ialah berbuat sesuatu dalam keadaan kita ikhlas dan apa yang terdaya oleh kita kepada Allah swt.

Istiqamah ialah Jika kita tidak mampu untuk membaca 1 juzuk Al-Quran, kita baca sehelai sahaja tetapi berterusan

Jika kita tidak mampu memberi sedekah tiap-tiap hari, kita lakukan seminggu sekali atau 2 minggu sekali.

Jika kita tidak mampu memberi banyak, kita beri apa dalam kemampuan kita kerana kita tidak ada kepastian apa yang diterima oleh Allah tetapi pemberian itu mestilah dalam keadaan ikhlas.

Mengapa perlu ada istiqamah? Jika tidak dalam kemampuan kita, lama2 kita akan berasa bosan dan merasakan sebagai satu bebanan ….Allah tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tidak dapat tanggung.

Jika tidak dalam kemampuan kita, kita akan rasa tertekan dan lama-lama kita akan rasa hilang keikhlasan untuk melakukan perkara tersebut.

Ampunilah segala dosa-dosa hambaMu ini yang dhaeef dalam zahir dan batin. Ya Allah, jadikanlah hambaMu yang dhaeef ini sentiasa dalam istiqamah untuk mendapatkan keredhaanMu, Ameen ameen ameen Ya Allah.

Zuhudkan Diri Melalui Zikrullah

Apakah makna berzikir dan mengzuhudkan diri kita?

Zikrullah dari segi bahasa bermakna mengingati Allah, tetapi dari segi shariah bukan sekadar mengingati Allah, ia adalah mengingati Allah dengan penuh ketaatan dan perasaan pengabdian diri dengan keimaanan dan ketaqwaan diri kepada Allah swt.

Jadi melalui zikrullah kita akan dapat mengzuhudkan diri untuk menjadi seorang Insan yang lebih bertaqwa dan beriman Kepada Allah.

Apakah maksud dengan zuhud?

Zuhud ialah menjaga diri dari segala tipu daya duniawi, menjaga dan memelihara Aqeedah Islamiyah, Taa’t setia kepada hukum-hukum Allah dan Isthiqamah di jalan yang lurus dengan tujuan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.

Firman Allah swt , dalam surah al-Qiyamah

كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ ٱلْعَاجِلَةَ

Sekali-kali tidak! Bahkan kamu mencintai yang cepat (kehidupan dunia). (75-20)

وتذرون الاخرة

Dan meninggalkan akhirat.(75-21)

Maksudnya:
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai dari mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang akan cepat habisnya, kembalilah kepada hakikat kehidupan akhirat yang kekal abadi kehidupannya.

Firman Allah swt dalam suarah Al-Imran

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Ali-Imran, ayat 185)

Firman Allah swt dalam Surah al-Ankabut
yang bermaksud:

وَمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَهْوٌ وَلَعِبٌ وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
(Surah al-Ankabut, ayat 64)

Dengan pertolongan Allah apa yang saya faham ialah: zuhud bermakna menjadi seorang insan yang bertaqwa, dunia ini sekadar tempat persinggahan untuk sementara waktu sahaja, manakala akhirat adalah tempat pengabdian kita untuk selamanya.

Kehidupan dunia dan kenikmatannya diberikan kepada kita hanya untuk bersyukur kepada Allah, kita dibernarkan menikmati sepenuh-penuhnya tetapi tidak boleh ingkar dengan perintah Allah swt. dan RasulNya.

Firman Allah swt. dalam surah alQasas.

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
Maksudnya:
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al-Qasas 77)

Jadi zikrullah diwajibakan supaya kita dapat:

• melebihkan usaha untuk mencari akhirat walaupun kita diberikan kemewahan dunia

• meletakkan akhirat dahulu sebelum dunia walaupun dalam apa jua keadaan

• mendapat ketenangan didunia walaupun dalam keadaan serabut tengah masalah dunia

• menghilangkan rasa sombong dan angkuh kita supaya lebih menjadi rendah diri

• sentiasa mengigati Allah dalam apa jua keadaan

• sentiasa mensyukuri nikmat dari Allah

Bagaimana kita akan dapat mengzuhudkan diri ?

Salah satu caranya ialah sentiasa berada dalam keadaan Zikrullah.

Dalam berzikir, kita dapat melembutkan hati supaya tidak terlalu mengikut arus dunia sehingga boleh tenggelam dengan ombak yang kuat. NauzubiLlahi minzalika

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, ibu bapaku, anak-anakku, para pembaca penulisanku, dan juga para Muslimin dan Muslimat, apa sahaja yang kita pernah lakukan sengaja atau tidak sengaja, dosa dosa kecil atau dosa dosa besar.

Ya Allah ampunkan la kami dengan RahmahMu dan terimalah sekecil amalan ibadah yang kita lakukan dalam kehidupan dunia ini.

Ya Allah ampuni dosa-dosaku, Jadikanlah hambaMu yang dhaeef ini dalam golongan yang sentiasa memperingatiMu dengan nama-nama indahMu.

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

”Ya Allah, Tolong aku untuk berzikrMu- menyebut nama-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadah yang baik untuk-Mu.”

Ya Allah jadikanlah kita semua dalam golongan yang sentiasa menzuhudkan kepadaMu melalui memperingatiMu.

Ameen ameen ameen ya Allah

Mengapa Kita Perlu Bersedekah?

Bersedekah adalah sesuatu kewajipan dan tugas kita sebagai seorang Muslim. Bersedekah adalah salah satu tuntutan agama Islam, antara sebab-sebabnya ialah :-

Dari segi peribadi :

• akan dapat keredhaan Allah swt
• akan dapat ketenangkan jiwa
• memanjangkan umur seseorang
• dimurahkan rezeki
• diampunkan dosa kecil
• dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
• dirahmati Allah
• menolak bala dan musibah
• mengikut sunnah Nabi Muhammad (saw)
• dijauhkan dari azab neraka
• membersihkan jiwa
• membersihkan harta
• merasa bersyukur kepada Allah swt.
• dikabulkan doa dengan mudah dengan izin Allah
• merasa rendah diri.
dan banyak lagi …..

Dari segi socio -economi
• mewujudkan rasa persaudaraan antara satu sama lain
• menaikkan taraf sesuatu bangsa yang kurang kemampuan dalam satu masyrakat
• menjadikan satu bangsa merasa harmoni sesama sendiri
• membina rasa bertimbangrasa
• menjadikan seseorang lebih bertanggungjawab dalam keluarga dan masyrakat

Ya Allah ampunkanlah segala dosa- dosa kecil dan dosa-dosa besar kami. Ya Allah jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang suka berinfaq dan sentiasa bersedekah keranaMu ya Allah Ameen ameen Ameen Ya Allah.

Merdekakan Diri Sendiri

Bagi sesetengah orang, makna merdeka ialah kebebasan. Tetapi apakah makna kebebasan sebenarnya? Setelah sekian lama saya mencari makna merdeka dan kebebasan.

Bagi saya merdeka atau kebebasan mempunyai banyak makna. Tetapi yang paling ketara ialah membebaskan diri kita dari dibelenggu oleh kesempitan yang telah kita buat sendiri.

Jadi kita seharusnya bebaskan diri perkara perkara yang tidak baik antaranya ialah:

  • menjahukan diri dari shirk
  • menjahukan diri dari perkara haram.
  • merdekakan diri dari menzalimi orang lain
  • menjahukan diri dari perkara yang dilarang Allah dan RasulNya
  • membersihkan diri dari akhlaq yang tidak baik.
  • meberi atau menerima rasuah
  • mempunyai eleme riba’ dalam kehidupan kita

Dengan cara

  • mengabdikan diri hanya kepada Allah sahaja.
  • mengagungkan ketauhidan Allah dan memelihara Aqeedah Islamiyyah
  • sentiasa menjahukan diri dari sifat takabbur dan sombong
  • mendekatkan diri dengan Allah swt.dan RasulNya
  • memberi sedekah dan infaq
  • sentiasa mengingatkan Allah dengan zikrullah
  • mensyukuri nikmat diberi Allah
  • sentiasa memohon keampunan Allah swt
  • sentiasa menjaga keindahan Islam.

Ya Allah , lepaskan kami dari belenggu pemikiran sempit, ketakutan, penderitaan dan kelaparan. Ameen ameen ameeen Ya Allah.

Ruqyah merupakan satu Rahmah dari Allah swt.

Ruqyah adalah Rahmah Allah untuk kita

Firman Allah swt.
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Makna: Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Qur’an itu) hanya akan menambah kerugian. (Al-Quran 17:82)

Meaning: We send down (stage by stage) in the Qur’an that which is a healing and a mercy to those who believe: to the unjust it causes nothing but loss after loss. (Al-Quran 17:82)

Terdapat banyak surah dan ayat ayat tertentu di dalam alQuran yang suci sebagai penawar untuk segala penyakit jesmani mahupun rohani

InshaAllah akan dapat shifa jika membaca ayat ayat suci alQuran dengan penuh ikhlas dan harapan pertolongan dari Allah swt., seterusnya ruqayyah dengan ayat ayat tersebut serta dua’ kepada Allah swt.

Ini adalah satu rahmah Allah yang khusus diberikan kepada orang orang yang beriman , sebagai ikhtiar
untuk proses penyembuhan melalui ayat-ayat suci yang tertentu ada di dalam AlQuran dan juga dengan dua’ dua’ tertentu yang diajar oleh junjungan kita Nabi Muhammad (saw)

Ruqayyah merupakan salah satu bentuk usaha orang orang yang beriman untuk mendekatkan diri kepada Allah sekaligus meminta perlindungan dari Allah SWT. dan bertawakkal kepadaNya.

InshaAllah, akan berkongsi Maklumat lanjut pada masa akan datang di sini.

Mengapa Kita Perlu Ada Hubungan Baik Dengan Allah

Dengan adanya hubungan baik dan rapat dengan Allah swt. Kita akan dapat

1)  keredhaan dari Allah
2)  belas kasihan dan rahmah dari Allah
3)  pengampunan dari Allah
4)  dimakbulkan doa kita apabila tiba waktu yang ditetapkan dan pada masa yang terbaik untuk kita
5)  dijauhkan dari musibah
6)  pertolongan yang tak disangka
7)  ilham yang terbaik dan tepat dari Allah
8)  ketenangan dan tidak akan rasa tertekan atau berasa gundah-gulana
9)  cahaya dan noor dari Allah
10) keberkatan dari Allah dari segi rezeki, kesihatan dan sebagainya
11) pengaturan dan perancangan yang terbaik dari Allah swt. tanpa kita jangka atau sedari

Tidakkah kita mahukan apa yang Allah berikan kepada kita?

Jadi jika kita berjalan kepada Allah, Allah akan berlari pada kita dan jika kita lari menuju hanya pada Allah, Allah akan terbang dengan sekilas kilat pada kita. Inilah Rahmah Allah kepada hambaNya.
Ameen ameen ameen Ya Allah.

Shahadah adalah Nyawa Ibadah

Apakah itu ibadah? Semua tingkah-laku kita bermula dengan niat atau lafaz shahadah. Sebagai seorang Muslim setiap perbuatan kita adalah ibadah yang bermula dengan shahadah.

Jadi didalam niat kita perlulah adanya shahadah iaitu niat kita untuk melakukan sesuatu hanyalah kerana Allah.

Jadi apakah itu shahadah?

Shahadah ialah rukun islam yang pertama yang mesti ditasbitkan didalam jiwa kita.

Shahadah ialah ikrar kita dari hati kita kepada Allah bahawa kita memberi kesaksian yang Allah itu Maha Esa dan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan juga memberi kesaksian seperti itu bahawa nabi Muhammad (saw) adalah pesuruh Allah.

Lafaz shahadah ialah seperti berikut
اشهد ان لا اله الا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْل الله

Aku bersaksi dan berikrar bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi dan berikrar bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah yang terakhir

Setiap tingkah laku kita atau ibadah kita bermula dengan shahadah sebagai contoh:

• Semasa kanak kanak di lahir shahadah dituipkan kepada jiwanya
• Refelksi shahadah terdapat dalam semua harakah kehidupan seseorang Muslim
• Dalam Solah 5 waktu Shahadah dipahatkan didalam qalbu atau jiwa kita sebagai asas kepada setiap perbuatan kita
• Dalam Azan  Lima waktu
• Waktu kita niat berpuasa
• Semasa kita memberi zakat atau sedekah
• Semasa kita menunaikan ibadah haji dan umrah
• Di atas Shahadah juga seorang Muslim hidup dan mati
• Sebelum kita tidur dan melelapkan mata supaya itulah perkataan terakhir yang kita akan lafazkan jikalau nyawa kita diambil balik oleh Allah swt.

Setiap perbuatan yang kita lakukan bermula dengan lafaz niat kerana Allah, itu adalah menjadi shahadah kita. Oleh yang demikian, ia akan menjadi ibadah kita kerana Allah Ta’ala.

Sebelum buat sesuatu perkara yang halal, jika kita sudah “berniat” dengan seikhlasnya, kerana Allah Ta’ala pasti perkara itu akan menjadi ibadah dan akan diberi ganjaran oleh Allah swt. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Jadi ibadah itu bukan sahaja apabila kita menunaikan rukun Islam 5 Perkara, semua gera geri kehidupan kita akan menjadi ibadah jika dilakukan dengan Niat yang ikhlas kerana Allah Taala.

Sebagai contoh, kita akan diberi ganjaran dengan niat shahadah bukan sahaja atas perkara yang diwajibkan atas kita dengan menunaikan setiap Rukun Islam tetapi jika kita pergi keluar untuk berkerja mencari nafkah yang halal untuk keluarga, pergi belajar ilmu berguna dan bermanfa’at, memimpin negara, memberi bantuan pada yang memerlukan, melakukan SOP diwaktu covid19 ini, mengambil vaksin sebagai ikhtiar sebagai salah satu cara untuk pencegahan penyakit wabak dan sebagainya.

Perkara-perkara tertentu mungkin kita merasa kecil tetapi sangat dihargai sebagai ibadah seperti memberus gigi, memandikan anak, memasak, membeli makanan dan apa sahaja perkara yang baik akan diberi ganjaran dan dikira ibadah jika kita melafaz niat dengan shahadah seikhlas hati kerana Allah swt.

Ya Allah ampunilah hambaMu ini yang lemah, jadikanlah setiap tingkah-laku kami, perbuatan kami sebagai ibadah dan terimalah ibadah kami keranaMu.

Ya Allah kami hanya memohon keredhaanMu, berikanlah kami ganjaran syurga Al-FirdausMu kepada kami, ya Allah kami dengan sedaya upaya sedang melakukan ibadah kepadaMu, berikanlah thaufiq kami untuk mendapatkan keredhaanMu ya Allah.
Ameen ameen ameen Ya Allah.

Puasa Hari Ashura

Sekiranya ada di antara kita yang terlepas peluang berpuasa pada Hari Arafah tahun ini, Allah swt telah memberi satu lagi peluang yang istimewa dengan ganjaran besar iaitu berpuasa pada hari Ashura di Bulan Mulia Muharram.

Junjungan kita Nabi Muhammad (saw) telah bersabda bahawa Puasa ‘Ashura akan menghapus dosa setahun yang lalu (Muslim)

Berpuasa pada hari Ashura (pada 10 Muharram) ganjarannya bersamaan setahun kerana hari ‘Ashura’, menebus dosa-dosa tahun lalu.

Sekiranya kita mampu, lebih baik berpuasa pada 9 dan 10 Muharram kerana Nabi (saw) suka melakukannya.

Ya Allah, berilah kami kekuatan dan thaufiq untuk melaksanakan puasa sunnah Ashura ini yang akan mengampunkan dosa setahun penuh.. Ameen ameen ameen Ya Allah..

Apakah Penghijrahan?

Muharram ialah bulan pertama dalam kalender Islam bagi seluruh ummah Islam.

Dalam sejarah Islam telah berlaku Hijrah Rasulullah (saw), menuju ke destinasi baru, Kota Yathrib (Madinah) melalui pelbagai cabaran iaitu Rasulallah telah dikejar dan diancam pihak musuh musyrikin diMekah.

Mengapa kita menyambut Tahun Baru Hijrah pada bulan Muharram sedangkan Nabi Muhammad (saw) berhijrah pada bulan Safar / Rabiul Awwal?

Walaupun terdapat banyak pendapat yang berbeza mengapa Muharram dipilih sebagai bulan permulaan tahun Islam, jawapanya ialah keputusan selepas mesyuarat dengan para sahabat Rasulallah, Saidina ‘Umar memilih bulan Muharram sebgai permulaan Kalender Islam (Hijrah) kerana banyak faktor. Salah satunya ialah kerana para jemaah haji pulang pada bulan Muharram selepas menunaikan Ibadah hajj, kepulangan dari mengerjakan rukun Islam terakhir itu menjadi permulaan kepada hijrah baru.

Muharram bermakna penghijrahan yang dibuat oleh junjungan Nabi Muhammad (saw) untuk menyebarkan agama Islam pada negeri Yathrib (Madinah) pada waktu yang sangat gentir di Mekah pada waktu itu.

Berhijrah bermakna bertukar tempat iaitu migrasi dari satu tempat kepada tempat lain yang lebih selamat, melakukan dakwah dengan lebih kesan untuk menyebarkan agama Islam bagi Nabi Muhammad (saw) menurut kehendak Allah swt.

Jadi apakah makna untuk berhijrah bagi kita sekarang?

Ia bukanlah sekadar bulan untuk kita membuat resolusi baru tetapi ia adalah simbolik pada kehidupan kita untuk kembali kepada Allah melalui:

•  memperbaiki keazaman kita kepada Allah swt. untuk mendapatkan keredhaanNya

•  membetulkan cara kehidupan kita dan memberbaiki perjalanan hidup kita lebih fokus kepada Allah swt. dan RasulNya

•  mengenal dan mencintai Allah sebagai Pencipta kita dengan lebih dalam

•  melakukan lebih banyak ibadah kita untuk Allah swt.

•  mengawal nafsu kita terhadap duniawi dan lebihkan konsentrasi terhadap hari akhirat, Hari Pembalasan

• menjadikan semua urusan duniawi kita kerana Allah Taa’la

•  mencari ilmu bermanfa’at untuk mengenali Allah lebih mendalam

•  menjadi seorang yang sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah

•  menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa Taa’t kepada perintahNya dan takut pada azabNya
 
Ya Allah bukakanlah hati kami untuk melihat kebesaranMu melalui ayat-ayat kebesaranMu.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari musibah wabak covid 19, hanya Engkau sahaja yang Maha mengetahu hikmah ciptaan makhluqMu Covid-19 yang telah melanda seluruh pelusuk dunia.

Ya Allah, masukkanlah kami dalam orang-orang yang ingin berhijrah Ruhiyyah …..keluar dari kejahilan dan kegelapan hati kepada cahayaMu – Sirothol Musthaqeem Ya Allah. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Pandemik Sebagai Peringatan!

Junjungan kita Nabi Muhammad (saw) telah mengatakan bahawa wabak adalah hukuman bagi sesetengah orang sebagaimana yang ditentukan oleh Allah, tetapi wabak juga merupakan rahmat bagi sesetengah orang sebagaimana yang ditentukan oleh Allah.

Apakah maksud dengan hadis junjungan Nabi kita ini?

Adakah ia satu hukuman atau satu rahmat?

Di sebalik wabak ini atau setiap ujian ada suatu hikmah dan Rahmah Allah seperti:

• manusia akan kembalik kepada zikruLlah, akan memperingati Penciptanya
• manusia yang lalai akan kembali kepada tanggungjawab untuk menyampurnakan amanahnya yang diberikan oleh Penciptanya
• Muslim akan kembali kepada menunaikan fardu ain dan Fardu kifayah
• Muslim akan menyerah diri sepunuhnya kepada Allah
• Muslim akan berusaha dengan sedaya upaya untuk mengenali Allah, Pencipta Maha Agung kita
• Muslim akan kembali kepada fitrah asal iaitu menunaikan ibadah  hablumannas dalam saling bantu membantu sesama kita
• Muslim akan kembali memahami tanggungjawab masing-masing sebagai khalifah Allah di muka bumi Allah ini
• Muslim akan menjadi seorang yang bertwakkal dan hanya bergantung pada Allah Maha Kuasa
• Muslim akan memohon keampunan dari Allah yang Maha Pengampun
• Muslim akan memohon perlindungan Allah kerana Allah sahajala yang Maha Pelindung
• Muslim akan rapat lagi dengan junjungan kita Nabi Muhammad (saw) dan sungguh memberi penghayatan sunnah baginda dalam kehidupan seharian.

Pandemik ini adalah hukuman berat atau Azab Allah bagi yang orang-orang seprti :

• orang orang yang  takabbur dan melupakan Allah sebagai Maha Agung.
• orang orang yang tidak mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah
• orang orang yang melakukan kerosakan pada muka bumi
• orang orang yang menzalimi orang lain
• orang orang yang sengaja lalai dari memperingati Allah dan hukumnYa
• orang orang yang sengaja melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah

Ya Allah, ampunkan kami atas semua dosa yang telah kami lakukan dan janganlah menghukum kami dengan seksa wabak ini.
Ya Allah ampunkanlah kami kerana Kaulah Maha Penganpun. Ameeen ameeen ameeen Ya Allah.

Ya Allah, lindungilah kami dari seksa wabak dan fithnahnya dan jadikanlah setiap ujian sebagai rahmat pada hambaMu yang sangat lemah ini.

Ya Allah Kami amat memerlukan pertolonganMu, ya Allah. Turunkanlah rahmat keatas kami dengan shifa dan MaghfirahMu. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Wudhu Pencegah Wabak Pandemik

Mengapa kita diwajibkan untuk mengambil wudhu sebelum solat?

Mengambil wudhu bukan sekadar mengambil air dan membersihkan segala kotoran dianggota badan kita.

Di mata Zahir jawapanya mungkin adalah iya …. begitu, tetapi maksud mangambil wudhu adalah lebih dari mata kasar kita.

Kalau tidak ada wudhu haram kita melakukan banyak Ibadah termasuk, solat 5 waktu, tawaf BaithuLlah Kaa’bah dan menyentuh alQuran dan sebagainya.

Barakah dari amalan mengambil wudhu atau mengangkat hadas kecil sebenarnya terdapat banyak antaranya ialah :

1. mendapatkan keredhaan Allah.
2. sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.(al-Quran 2:222)
3. taat setia kepada perintah Allah dan RasulNya
4. terdapat banyak faedah seprti pencegahan dari wabak dan segala penyakit pendemik seperti yang kita sedang alami sekarang ini.
5. Wudhu akan memelihara kita dari melanggar perintah Allah dan juga akan kekalkan hati kita sentiasa dalam keadaan ZikruLlah
6. mengambil wudhu juga sebenarnya menghilangkan dosa yang kecil yang kita sedar mahupun kita tidak sedar.
7. mengambil  wudhu juga menghilangkan  kemarahan kita kerana air wudhu itu telah mematikan perasaan marah yang dicetus oleh syaitan. Junjungan kita Nabi Muhammad (saw) sunatkan kita untuk mengambil wudhu supaya perasaan marah kita akan hilang dan digantikan dengan perasaan tenang. Ini kerana air pada zahirnya memang mematikan api dan menyejukkan keadaan.

Diwaktu pandemik ini, kita juga disarankan untuk membersihkan diri kerana virus pandemik ini bermula dari ‘kekotoran’!

Apa bila kita sudah membersihkan diri, InshaAllah akan dapat diselamatkan diri dari segala kekotoran dan juga pelbagai penyakit zahir dan batin.

Sebelum kita melakukan ibadah solat kita diwajibkan membersihkan diri dari segala kekotoran zahir dan batin.

Ya Allah, kita mengangkat wudhu keranaMu Ya Allah jadi bersihkanlah kami dan selamatkan la kami dari pendemik covid-19 yang melanda kami ini.

Ya Allah Kami berdua’ dan berharap serta bergantung hanya kepadaMu Ya Allah

Ya Allah Engkau yang Maha Kuasa kami memohon perlindunganMu dari semua wabak, fitnah dan musibah

Ya Allah ampunilah kami kerana Engkau sahaja la sebaik-baik Pengampun dan lindungilah kami kerana Engakau la sebaik-baik Pelindung. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa dalam keadaan wudhu keranaMu dan jadikanlah dosa-dosa kami jatuh bersama air yang gugur sehingga ke titisan akhir.

Dua’ sesudah wudhu:

أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله اللهم اجعلنى من التوابين واجعلنى من المتطهرين واجعلنى من عبادك الصالحين

اللَّهُمَّ صَلِّ وسلم عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

والحمد لله رب العالمين. أمين

Artinya: ”Saya bersaksi dan berikrar bahwasanya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah ,Satu-satu-Nya,tiada sekutu bagi-Nya. Dan ,Saya bersaksi dan berikrar bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.
Yaa Allah,jadikanlah saya termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang suci dan jadikanlah saya termasuk dikalangan orang-orang soliheen.

Ya Allah, berilah selawat dan salam kepada junjungan Nabi kita Muhammad dan keluarga baginda dan segala puji bagi-Mu, Ya Allah. Semoga kau kabulkan permohonanku.

Hidup Andai Kekili Hos….

Kehidupan kita bermula dengan lancar tetapi kita sendiri yang menjadikan kehidupan kita penuh dengan kekusutan dan keserabutan….

Tak perlu lihat jauh tetapi lihatlah pada kekili hos pokok ini yang kalau tidak dililt dengan betul dan rapi mengikut gulungannya, kekili hos pokok ini akan menjadi kusut, tersekat dan tersepit yang menjadikan kekili hos itu susah nak ditarik dan digunakan. Disebabkan kekili itu tersekat dan tak boleh ditarik, air yang mengalir keluar dengan lancar dari kekili hos itu akan tersekat dan boleh terjadi satu sumbatan yang akhirnya akan meletup di suatu hari nanti.

Jadi kehidupan kita pun perlu mengikut peraturan yang diwajibkan keatas kita dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah supaya perjalanan hidup kita lancar dan terurus mengikut peredaran in sha Allah dan dijauhkan dari kesempitan, kesulitan dan kesusahan… Ameen ameeen ameen Ya Allah.

Mengapa kehidupan kita menjadi kusut dan tak terurus? Mungkin sebab berikut:

• kerana dosa kita yang kecil atau yang besar yang kita sengaja atau tak sengaja, yang kita tahu atau tidak tahu

• tidak solat pada waktu yang ditetapkan dan diwajibkan Allah

• tidak membayar zakat yang diwajibkan keatas kita

• tidak berteraskan dan mengikut landasan akidah yang ditetapkan dan disyariatkan oleh Allah

• tidak menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini

• tidak menunaikan perintah Allah dengan ikhlas

Jadi untuk meluruskan kehidupan dan membaiki kesimpulan dalam kehidupan, lihatlah semula mengapa kekusutan yang berlaku dalam kehidupan kita, lihatlah pada perjalanan dan tanggunggjawap kita terhadap Allah swt.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sedar dan tetapkanlah keimanan kami padaMu dengan istiqamah. Ameeen ameeen ameeen Ya Allah.

Bagaimanakah Hubungan Kita Dengan Allah?

Setiap dari kita pasti ada hubungan sesama manusia….. Hubungan antara kedua ibu-bapa dengan anak masing-masing. Hubungan antara adik-beradik dan sesama saudara. Hubungan antara pasangan suami isteri yang halal. Hubungan seperti ini adalah hubungan yang jelas dan boleh terputus bila-bila masa iaitu melalui perpisahan atau kematian.

Terdapat hanya satu satunya hubungan yang rahsia dan hubungan itu hanya akan jelas pada orang yang telah menjalin hubungan itu, iaitu hubungan antara kita dengan Maha Pencipta kita, Allah swt. Hanya itu sahajalah hubungan yang akan kekal abadi dari kita dilahirkan hingga kita pulang padaNya.

Oleh itu, bagaimana kita dapat mengekalkan hubungan kita dengan Allah sehingga kita akan bertemu denganNya pada waktu yang ditentukan olehNya?

Adakah kita sentiasa mencariNya didalam masa kesempitan kita mahupun dalam masa kesenangan kita? Bagaimana kita akan dapat mendekatkan diri kita kepada Allah?

Allah telah menetapkan jalan untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya dengan beberapa cara, adalah wajib di atas kita semua, mempelajari sunnah Nabi (saw) bagaimana kita akan dapat mendekati diri kepada Allah.

Cara untuk kita mengetahui bahawa kita sudah mendekati dan ada pertalian dengan Allah swt. yang Maha Agung, antaranya ialah:

1)  solat pada waktu yang wajib dan sunat yang telah ditetapkanNya

2)  sentiasa berdoa padaNya diwaktu susah dan waktu senang dan tidak kira kita berada dimana

3)  sentiasa merasakan syukur padaNya atas nikmat yang telah dikurniakanNya

4)  sentiasa mengikut perintah dan larangan Allah swt.

5) mengikut sunnah junjungan Nabi Muhammad (saw)

6) membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran

7) sentiasa memberi sedekah atau apa jenis bantuan pada yang memerlukan

8) berpuasa dibulan Ramadhan dan berpuasa sunat dibulan atau hari yang telah disunatkan

9) sentiasa mengingati Allah diwaktu susah atau senang dan tidak kira kita berada dimana

10) mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring

11) menerima dengan Redha Qadha dan QadarNya

12) memahami shahadah dan melakukan setiap perbuatan sebagai ibadah kerana Allah swt.

13) sentiasa membasahi bibir dengan berzikir kepadaNya dan bersolawat pada Nabi Muhammad (saw)

14) sentiasa istiqamah secara berterusan dengan seikhlas hati

15) sentiasa ingat pada Allah berseorangan dan dikhlayak ramai tidak kira kita berada dimana

16) sentiasa bersabar dengan ketentuan Allah

17) sentiasa berfikiran positif terhadap Allah

18) sentiasa bergantung pada Allah dalam apa jua keaadaan

19) sentiasa memohon pengampunan dariNya kerana Dialah Maha Pengampun

20) sentiasa memohon perlindungan dari Allah dan mempunyai perasaan takut dan gementar ababila ditimpa musibah kerana Dialah Maha Menjadikan segalanya dan juga Maha Pelindung untuk segalanya.

21) sebagai khalifah Allah, kita tidak melakukan sebarang kerosakan dimuka bumi dan pada makhlukNya

22) mengenali Allah melalui 99 nama-namaNya

23) beriman dan berilmu dengan lima Rukun Islam dan enam Rukun Iman

24) berpegang pada akidah, memahami haram halal dan berpegang pada jalan yang lurus yang telah disyariatkanNya

25) pengabdian dan pengorbanan kita pada Allah swt. sepenuhnya dari zahir dan batin

26) selalu beringat pada pengakhiran kita dan pada waktu kita akan pulang padaNya

27) bertauhidkan dengan keesaan Allah swt.

28) tidak mensyirikkan Allah atau menyekutukanNya

Apabila kita sudah mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Allah, kita dapat berkomunikasi dan memohon denganNya apa sahaja yang mengikut syariat Islam kerana Dialah Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam kehidupan, kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah.

Ya Allah ampunilah kami hambaMu yang lemah dan sangat memerlukan bantuanMu dan RahmahMu ini. Ameeen ameeen ameeen Ya Allah.

Ya Allah, lindungilah kami dengan Rahmah Mu, dan sentiasa menempatkan kami di dalam ZikruLlah.

Ya Allah kekalkanlah kami selalu dalam hubungan dengan-Mu hingga saat kami bertemu dengan-Mu semula.
Ameen ameen ameen Ya Allah.

Adakah Kita Redha dengan Taqdir Allah?

Redha dengan qada’ dan qadar Allah swt itu ialah menerima segala yang telah ditetapkan oleh Allah swt dengan penuh ikhlas.

Maksud dengan “Keredhaan” ialah apabila kita ditaqdirkan untuk menerima sesuatu qadha atau qadr dari Allah kita menerima perkara itu secara redha mahu pun baik atau buruk.

Mengapa kita mesti meredhai sesuatu dari Allah swt?

Jawapanya ialah hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk tentukan semua perkara dan hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui semua perkara oleh yang demikian kita perlu menerima kehendakNya dan berdua’ untuk yang baik.

Jika kita tidak meredhai ketentuan Allah, kita mudah

•  menjadi orang yang takabbur
•  kita tidak akan menjadi orang yang beriman dengan Allah dan Qadha dan QadarNya
•  tidak mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita sebelum ini
• hati atau Qalb kita tertutup dari cahaya (noor) Allah, ini akan menyebabkan kita tidak percaya pada Allah
• hati kita tidak akan merasakan ikhlas dalam keaadaan qadha dan qadr yang di tentukan oleh Allah
• mudah merasakan marah dan tidak ada ketenangan
• mudah menjadi tidak tenteram, gelisah dan dipenenuhi dengan perasaan gundah-gulana

Inilah tanda cinta dan mahabbah hamba-hambaNya yang benar-benar beriman dan mengabdikan diri kepada Allah swt.

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang redha dan terima dengan hati terbuka dengan ketentuan-Mu dan taqdir-Mu

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang beriman dengan ketentuanMu. Ameen ameen ameen ya Allah.

Apakah Pengorbanan Kita Untuk Allah?

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Ia adalah satu perayaan untuk menandakan pengorbanan kita untuk Allah Maha Esa. Jadi sudahkah kita memberi pengorbanan untuk Allah?

Apakah pengabadian dan pengorbanan kita untuk Allah, Pencipta kita? Sudahkah kita berkorban sepenuhnya untuk Allah yang Maha Esa?

Pada akhir Zaman ini, kita akan menghadapi pelbagai ujian. Contohnya seperti musibah wabak Covid19 yang sedang melanda seluruh dunia dan digemparkan dengan ketakutan terhadap wabak ini. Allahu Akhbar.

Ramai di antara kita pun telah diuji dengan wabak Covid-19 ini, serta pelbagai ujian lain. Sub’hanaLlah.

Dengan taqdir Allah, pada tahun ini saya juga telah diuji, apabila kami sekeluarga mengalami situasi gementar dan cemas ketika kami mendengar bahawa keluarga kami adalah kontak rapat dengan pesakit Covid19. Allahu Akbar.

Alhamdulillah, keluarga kami selamat dan dilindungi oleh Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pelindung. Walaubagaimanapun, kami masih melakukan kuarantin sendiri di rumah sebagai langkah perlindungan dan pencegahan.

Ibadah Raya Haji atau Raya Korban adalah satu ibadah dari segi habluminaLlah dan juga habluminannas iaitu ibadah mengagungkan kebesaran Allah swt. dan juga untuk membantu dan menolong sesama manusia yang memerlukan bantuan kerana Allah Ta’ala.

Jadi kami dari Team Rintihan Zahir Batin dan Stepcare & Schein telah membuat keputusan dan membuat initiatif sendiri untuk memberi bantuan pada yang telah terkesan akibat Covid-19 ini, sebagai tanda kesyukuran dan untuk meminta perlindungan, keselamatan dan rahmat dari Allah Maha Esa. Biznillah.

Hanya Allah swt sahaja yang Maha Kuasa dan Maha Kaya. Kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah swt kerana kita hamba Allah, sebagai insan, sifat kita lemah, sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa.

Kami hanya dapat mampu memberi bantuan dengan sekadar kemampuan manusia dan selebihnya adalah pertolongan dan rahmat dari Allah swt.

InshaAllah, kita berdoa’ kehadrat Allah swt. mudah-mudahan Allah swt. dengan RahmahNya akan lindungi kita semua ……… yang serba kekurangan dari musibah Covid-19 dan juga dari musibah – musibah lain. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Kami dari Team Rintihan Zahir Batin dan Stepcare & Schein ingin mengucapkan banyak terima kasih dan penghargaan pada semua yang turut turun padang untuk menjayakan program bantuan kemanusian ini. Alhamdulillah. Balasan yang terbaik hanya akan datang dari Allah swt. Ameen ameeen ameeen Ya Allah

Ya Allah ampunilah kami dan terimalah serba sedikit Infaq kami sebagai amal solih dan ibadah kami yang kami mampu keikhlasnya. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Para pembaca di rahmati Allah dan dikasihi, dengan hormatnya di alualukan pendapat anda untuk menjayakan aktiviti penuh barakah ini.

Sesungguhnya, dihargai juga, penyertaan anda dalam program ini, dengan apa sahaja sumbangan yang sesuai pada masa yang akan datang demi mendapatkan keredhaan Allah di dunia dan di akhirat, In sha Allah.

In sha Allah, Kesabaran kita melalui penerimaan Qadha dan Qadar Allah dengan keredhaan hati kita, doa-doa kita, amal solih kita, keta’atan kita kepada Allah dan RasulNya, memberi bantuan pada orang lain dengan sekadar kemampuan kita dan semua aktiviti sumbangan amal kebajikan seperti ini akan menjadi antara pengorbanan diri kita kerana Allah swt. Ameen ameeen ameen Ya Allah.

Sumbangan AidilAdha

&

Bantuan Hari Raya

Bantuan Makanan

Puasa Hari Arafah

Kerana Berpuasa Satu Hari – Dosa Tahun dahulu & Tahun akan datang akan diampunkan! SubhanalLah.

Ibadah haji ialah rukun Islam kita yang kelima iaitu menunaikannya bila kita mampu dari segi kesihatan dan dari segi harta.

Hari wukuf atau hari arafah ialah hari sebelum hari raya haji, hari raya korban atau hari raya Aidil Adha. Hari wukuf ini penting bagi jemaah-jemaah yang dapat menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Bagi jemaah yang menunaikan haji, pada hari wukuf, berdiri di padang Arafah menandakan haji mereka sudah sah kerana ia adalah rukun wajib bagi jemaah tersebut.

Bagi kita yang belum dipanggil oleh Allah swt untuk menunaikan ibadah haji ini, kita masih mendapat pahala dengan berpuasa pada hari ini.

Dikatakan oleh Nabi junjungan kita Sayyidina Muhammad Rasulullah (swt), bahawa apabila kita berpuasa pada hari wukuf ini, dosa-dosa kita yang lalu dan dosa kita yang akan datang akan diampunkan. Allahu Akhbar.

Bayangkan hanya berpuasa satu hari sahaja ….. tapi fadhilatnya amatlah banyak. Siapa yang tidak mahu dosanya diaompukan oleh Allah? Jadi sesiapa yang mampu untuk berpuasa pada hari Arafah yang mulia ini, tunaikanlah semoga dosa-dosa kita dapat diampunkan oleh Allah swt. Ameen ameen ameen. Ya Allah.

Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik dan kuatkanlah keimanan kami untuk menunaikan ibadah ini. Ameeen ameeen ameeen Ya Allah

Apakah Qadha dan Qadar?

Mengapa kita perlu mempercayai qadha dan qadar?

Qadha dan qadar ialah salah satu rukun iman yang wajib kita percaya sebagai seorang yang beragama Islam.

Terdapat 6 Rukun Iman, iaitu :

1) Percayai pada Allah swt.

2) Percayai pada Malaikat

3) Percayai pada Al-Quranul Karim

4) Percayai pada Nabi dan Rasul-rasul Allah

5) Percayai pada Hari Kiamat

6) Percayai pada Qadha dan Qadar

Jadi apa ialah qadha dan qadar dari Allah? Qadha dan qadar ialah sesuatu yang berlaku kepada kita atas kehendak Allah swt.

Qadha ialah perkara yang baik yang berlaku pada kita seperti mendapat rahmah dan kasih sayang dari Allah.

Qadar pula ialah ujian yang diberi pada kita untuk kita ingatkan balik diri kita pada Maha Pencipta kita, Allah swt.

Qadha dan Qadar adalah kehendak Allah dan sebaliknya terdapat hikmah tertentu, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui, kita sebagai hamba – hamba Allah, akan menerima Qadha dan Qadar dengan Redha hati dan berdua’ kehadrat Allah untuk semua kebaikan dan kejayaan dalam semua kejadian sama ada baik atau buruk pada zohirnya…..

Penyakit wabak covid-19 ini ialah qadha dan qadar yang paling terbesar sekali yang kita semua sedang alami tanpa disedari.

Dengan qadha dan qadar Allah, melalui pandemik wabak ini, mungkin setiap daripada kita akan diuji dengan berbagai musibah seprti kehilangan kerja dan mata pencarian, kehilangan keluarga pada sakit covid-19 ini. nauzubillahiminzalik dan berbagai-bagai lagi.

Jadi, untuk menjadi seorang yang beriman, kita diwajibkan mempercayai rukun iman yang ke-enam ini.

Mengapa kita perlu mempercayai rukun Enam ini? jika kita tidak mempercayai rukun iman yang keenam ini, kita akan sentiasa tidak berpuas hati dengan keadaan dari masa ke masa.

Biasanya, manusia merasa senang menuduh orang lain dan juga akan sentiasa tidak berpuas hati dengan kehendak Allah dan bertanya pada Allah mengapa dan kenapa?

Allah telah menjadikan pandemik ini atas hikmahNya sendiri yang kita tidak akan tahu, kerana semua asbab hanya Allah sahaja yang tahu.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami, Ya Allah kami adalah hamba-Mu yang lemah, terkadang terlupa dengan keEsaanMu. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, untuk teguhkan kami di jalan yang lurus-Mu dan jauhkanlah kami dari gangguan syaitan. Ameeen ameeen ameeen Ya Allah.

Ya Allah lindungilah kami dan turunkan lah RahmatMu keatas kami yang sangat memerlukan. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Apakah Penyakit Hati?

Penyakit hati adalah benar dan perlu diubati dengan ubat yang mujarrab. Apakah Tanda Penyakit Hati?

Hati atau Qalbu kita ialah penggerak kita atau nucleus kehidupan kita.
Apa sahaja yang ingin kita lakukan bermula dengan niat melalui hati kita. Jika hati kita tidak sihat atau berpenyakit maka kita akan berbuat sesuatu tanpa berteraskan pada agama kita atau akhlaq yang baik kita.

Apakah tanda – tanda hati yang tidak sihat dan seseorang mempunyai penyakit hati? Antaranya adalah:

• Akan menjadi seorang manusia yang sentiasa inkar perintah Allah dan tidak mempunyai akidah
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak berguna pada diri sendiri dan juga pada makhluk – makhluk yang lain.
• Akan membuat kerosakan di atas muka bumi ini dengan pelbagai fasad seprti rasuah, kebencian dan huruhara.
• Akan menjadi seorang manusia yang menghitung atau mengharapkan sesuatu dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara dan tidak Ikhlas apabila melakukan sesuatu perkara mahupun untuk akhirat ataupun untuk duniawi
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak akan menerima nasihat agama atau tidak akan menerima teguran oleh sesiapa pun.
• Akan menjadi seorang manusia yang degil dengan pendirian hanya dia sahaja yang benar atau berperasaan riya’ dan ego‘
• Akan sentiasa berbangga dan merasakan hanya dia sahaja yang terbaik dan tak akan melakukan sebarang dosa
• Akan menafikan dengan sengaja apa sahaja perkara yang buruk dan tidak baik yang dia melakukan
• Akan menolak dan juga tidak memikirkan tentang baik n buruk bila melakukan sesuatu perkara… baginya semua ok sahaja.
• Akan menolak Qadha dan Qadar yang ditetapkan oleh Allah.
• Akan sentiasa membenci orang lain dan tidak memaafkan pada seseorang pun.
• Akan sentiasa dalam keadaan sombong, perasaan angkuh, bongkak dan takabbur.
• Akan selalu marah tanpa ada sebab yang munasabah
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak ada ketenangan fikiran dan jiwa
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak bertimbang rasa tentang orang lain ataupun keadaan.
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak memimikirkan tentang orang lain / pentingkan diri sendiri sahaja (very selfish)
• Akan menjadi seorang manusia yang sentiasa dengan perasaan hasad dan dengki dengan kesenangan orang lain
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak mensyukuri nik’mat Allah
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak berfikiran positif pada Allah swt.
• Akan sentiasa menafikan kewujudan Allah dan tidak merasakan bahawa segalanya adalah milik Allah.
• Akan menolak Sunnah Nabi Muhammad (saw)
• Akan menjadi seorang manusia yang sentiasa melengahkah untuk berbuat sesuatu perkara yang baik
• Akan menjadi seorang manusia yang selalu bercakap yang tidak benar / suka menipu / suka berbohong / mengeluarkan kata-kata yang kesat
• Akan menjadi seorang manusia yang selalu suka mengumpat orang lain atau bercakap tentang keburukan orang lain
• Akan menjadi seorang manusia yang selalu tidak mahu memberi pertolongan pada orang lain atau makhluk Allah yang lain dari segi memberi sedekah atau pun dari segi bantuan tenaga atau sebagainya
• Akan menjadi seorang manusia yang selalu mensyirikkan / menyekutu / mempercayai pada lain selain Allah (NauzubiLlahi minzalika)

Kerosakan hati atau berpenyakit hati adalah disebabkan hati kita tidak dibersihkan dengan ZikruLlah, untuk kita mengingati Allah swt, ini yang akan menyebabkan orang itu selalu berbuat dosa tanpa disedari atau menyedari dosa itu.

Apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa mengikut batasan dan had yang ditetapkan oleh aqidah, kita senang terkeliru dengan bisikan syaitan yang selalu hendak melihat kita terpesong kearah yang tidak berlandaskan hukum Islam. NauzubiLlahi min zalik.

Ya Allah, tetapkanlah hati kami dan bersihkanlah hati kami dari penyakit hati yang akhirnya akan merosakkan kami dari perkara yang benar.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari penyakit-penyakit hati dan jadikan kami orang yang sentiasa beringat padaMu.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami yang kami lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja, yang kami tidak ketahui atau diketahui.

Ya Allah, jauhkanlah kami dari bisikan dan godaan syaitan yang akan sesatkan kita keluar dari akidah kita atau terkeluar dari Agama-Mu Islam, NaoozubilLah min zalik.

Ameen ameen ameen Ya Allah.

Apakah Kedudukan Niat dalam Ibadah?

Kita selalu akan mulakan sesuatu perkara dengan niat…… Mengapa Niat Itu dikira sebagai Ibadah?

Apakah Niat? Mengapa ia penting didalam kehidupan kita? Mengapa niat itu menjadi tiang ibadah?

Jawapan kepada soalan- soalan di atas terdapat dalam hadis Nabi (saw) ini.
“Segala amal perbuatan bergantung pada niat dan setiap orang akan memperoleh pahala sesuai dengan niatnya. Maka barangsiapa yang berhijrah dengan niat mencari keuntungan duniawi atau untuk mengawini seorang perempuan, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya itu”. (HR. Bukhari).

Niat adalah keazaman (tekad) di dalam hati. Semuanya bermula dari hati atau dari Qalb kita. Niat itu ialah lintasan hati atau Qalb kita untuk mulakan sesuatu perbuatan kerana Allah swt.

Jika kita berniat untuk kebaikan, jadi baiklah sesuatu itu. Sebaliknya jika kita berniat untuk melakukan sesuatu keburukan, jadi buruklah perkara itu . NauzubiLlahi minzalika.

Mengapa niat itu menjadi tiang ibadah? Ia bermula dengan kita memikirkan tentang apa yang kita akan lakukan dengan perbuatan dan kemudian akan menjadi lafaz kita kerana Allah.

Apabila kita membuat sesuatu lafaz, kita akan masukkan dalam hati kita dan melalui hati kita, kita akan membuat sesuatu perkara tersebut dengan perbuatan itu kerana Allah akan dikira sebagai ibadah.

Dengan perbuatan itulah, niat kita akan menjadi satu ibadah untuk Allah, oleh itu niat adalah tiang Ibadah.

Seperti kita hendak memberi sedekah pada seseorang, kita akan memikirkan kepada siapa kita hendak memberi sedekah kita dan kita akan lafaz di mulut untuk pendengaran kita sendiri dan lafaz itu akan menjadi niat didalam hati kita untuk dijadikan sebagai realiti iaitu sebagai perbuatan, hanya kerana Allah swt.

Niat bukan sahaja untuk solat, memberi sedekah, malah untuk meggosok gigi pun kita niatkan kerana Allah saya meggosok gigi dan membersihkan diri pun akan dikira sebagai ibadah kerana Allah.

Niat kita untuk mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga kita pun adalah ibadah kerana kita berniat untuk mencari rezeki halal kerana Allah swt.

Selagi niat kita adalah kerana Allah swt. mengikut ketetapan Allah, mengikut sunnah dari Nabi Muhammad (saw) dan berlandaskan hukum syariat, selagi itulah niat kita adalah ibadah kerana Allah swt.

Ya Allah, berikan la kami ikhlas dalam niat kami dan jadikan la niat kami hanya keranaMu dan jadikanlah ia sebagai ibadah untukMu Ya Allah. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Mengapa Perlu Adanya Akidah?

Apakah itu Aqidah? Mengapa ia penting dan mengapa kita perlukan Aqidah dalam kehidupan kita seharian?

Sebenarnya apa yang kita fahami mengenai Aqidah?

“Aqidah (العقيدة) dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab (عَقَدَ) yang bermakna ‘ikatan’ atau ‘sangkutan’ atau menyimpulkan sesuatu.”

“Menurut istilah (terminologis) ‘aqidah’ bererti ‘kepercayaan’, ‘keyakinan’ atau ‘keimanan’ yang murni (hanif) dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.”

Pengertian aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah swt iaitu mengakui kewujudan-Nya dengan segala sifat – sifat dan af’aal Nya . Dari segi fungsinya ialah , Allah swt sebagai Rabb (رب), Malik (مالك), dan Ma’bud (معبود) atau Ilah (إله) seperti dapat dilihat dalam Surah Al-Fatihah ayat 2, 4, 5, Surah An-Nas ayat 1, 2, 3.

Mengapa kita perlukan aqidah dalam kehidupan seharian kita?

Aqidah Islamiah adalah kepercayaan yang benar di atas jalan yang lurus yang diberikan oleh Allah swt.

Adalah wajib di atas kita untuk menjalani kehidupan kita selaras dengan aqidah yang ditetapkan oleh Allah swt, supaya kita tidak sesat dari jalan yang lurus yang ditetapkan oleh Allah swt. dan RasulNya.

Tanpa “aqidah“ hidup kita akan menjadi sia-sia, tidak akan terurus dan tidak berdasarkan apa yang ditetapkan didalam Kitab Suci Al-Quran dan Assunnah. Allahu Akbar.

Jadi semua ibadah yang dikerjakan mestilah berlandaskan kepada aqidah dan iman.

Seseorang yang hidup tanpa aqidah ialah seperti bahtera yang berlayar dilautan yang besar tanpa sesiapa yang mengawal bahtera itu dan terumbang-ambing di lautan dan tidak dapat menuju ke tempat yang patut ditujui…. dan akan belayar kemana-mana tanpa mengetahui dimana dia akan berakhir….dan akhirnya akan tersesat di lautan yang luas itu selamanya. NauzubiLlahi minzalika.

Seseorang yang menjalanakan kehidupannya tanpa aqidah juga adalah seperti seseorang yang tidak mempunyai sauh dilautan untuk menambat bahtera dilautan daripada terhempas di tebing batu lalu boleh membahayakan diri mereka sendiri. NauzubiLlahi minzalika.

Aqidah mestilah diterapkan didalam kehidupan kita supaya kita tidak sesat dari jalan yang lurus atau akan terkeluar dari misi kita, iaitu amanah kita sebagai khalifah didunia ini. jikalau kita tidak mengikut hidup mengikut akidah, kita akan menjadi orang yang zolim yang sentiasa menzalimkan diri, dan akhirnya memudharatkan diri sendiri. NauzubiLlahi minzalika.

Ya Allah, sematkanlah aqidah yang lurus didalam hati kami agar kami dapat peroleh keredhaan- Mu ya Allah.

Ya Allah kuatkan la iman kita dengan aqidah yang lurus seperti mana yang
diperintahkan oleh-Mu ya Allah supaya kita semua menjadi kalifah yang sentiasa mengikut perintahMu. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Adakah Kita Betul Ikhlas?

Apakah keikhlasan? Mengapa Hati atau Qalbu kita perlu ada keikhlasan?

Keikhlasan adalah satu perkataan yang kita selalu lafaz tetapi adakah kita betul-betul ikhlas di dalam semua urusan kita?

Keikhlasan adalah akar tiang Iman dan aqidah kita. Tanpa keikhlasan, Allah swt. tidak akan menerima apa-apa dari kita. Hati kita adalah tempat keikhlasan kita. Keikhlasan adalah kerja hati kita.

Hati yang ikhlas  seperti air bersih dalam cawan bersih, tidak ada kotoran sama sekali!

Hati tanpa keikhlasan adalah kotor, walaupun airnya jernih tetapi dalam gelas yang kotor, sehingga kotoran menempel pada gelas, walaupun sudah banyak kali dicuci. NauzubiLlahi minzalika.

Keikhlasan hanya wujud didalam hati atau qalbu yang tiada kekotoran. Hati yang mempunyai keikhlasan adalah bersih, tulus, suci dan “terang” dari segala kegelapan.

Sekiranya hati kita selalu dalam keadaan kurang ikhlas maka hati kita akan menjadi “gelap” dan kemudian kita akan merasa bahawa kita telah kehilangan keikhlasan kita terhadap sesuatu yang diwajibkan oleh Allah swt atau dalam semua urusan duniawi atau ukhrawi, NauzubiLlahi minzalika.

Keikhlasan hati hanya akan hadir bila kita akan melakukan sesuatu kerana kita membuat perkara tersebut kerana Allah swt. sahaja dan bukan kerana dipaksa atau untuk mendapat nikmat duniawi semata.

Kita selalunya senang sahaja melafazkan tentang keikhlasan kita ……tetapi hanya Allah swt sahaja yang tahu tentang keikhlasan seseorang itu….

Mengapa kita perlu ikhlas dan berasa ikhlas apabila kita membuat sesuatu perkara, antaranya ialah:

• Kita akan dapat keredhaan Allah swt. di dunia dan di akhirat
• Kita akan dapat barakah, kejayaan dan tidak akan gagal
• Kita tidak akan rasa terbeban bila hendak membuat perkara tersebut
• Kita akan merasakan ringan bila berbuat perkara tersebut
• Kita tidak akan mengungkitkan perkara tersebut dikemudian hari
• Hati akan berasa tenang bila membuat perkara tersebut
• Kita akan berbuat dengan tersenyum
• Kita akan dapat merasai taqarrub dengan Allah dan RasulNya.
• Kita akan dapat jiwa yang tenang dan tidak sedih
• Kita tidak akan mengharap balasan dari orang yang kita beri pertolongan

Yang tidak Ikhlas adalah Iblis dan Shaithan. Bila kita ada keikhlasan, hati kita tidak akan diganggu oleh iblis yang sememangnya tidak ikhlas dengan anugerah yang diberi Allah keatasnya dan mula rasa tidak puas hati dengan pemberian Allah pada Nabi Adam (as).

Jadi caranya untuk kita rasa ikhlas ialah dengan membersihkan hati yang telah saya kongsikan didalam artikel sebelum ini “Kebersihan Hati – Kenapa Kita Perlu Membersihkan Hati Kita?”

Kita wajib transformasi….Hati kita perlu diberi lebih keikhlasan di dalam semua urusan, terutama pada waktu musibah yang berat melanda sekarang ini.

Apa sahaja kejadian sedang berlaku …….. adalah mengikut kehendak Allah. Hati Kita wajib menerima Qadha dan Qadar Allah swt dengan ikhlas. Di dalam setiap kejadian terdapat Hikmah dan Rahasia ……hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahu.

Sebagai contoh, kalau kita tidak ikhlas untuk menerima Qadha dan Qadar Allah, Hati kita  tidak akan dapat menerima wabak covid-19 ini, dan hati kita akan selalu tertanya pada Allah, kenapa dan mengapa keadaan ini terjadi? Why and What for?

Soalan seperti ini akan menjadikan hati kita berat untuk menerima keadaan yang melanda setiap penjuru dunia sekarang ini. ……

Sebenarnya di dalam semua kejadian dan keadaan ada hikmahnya ……hanya Allah sahaja yang tahu

Antara hikmahnya, paling jelas ialah, penyebaran Wabak ini adalah untuk mengingatkan umat Manusia kepada Pencipta mereka dan percaya seterusnya bahawa Kekuasaan Mutlak hanya adalah milik Allah swt.

Kebesaran Pencipta kita tidak boleh disoal kecuali penyerahan diri kita kepada KehendakNya dan mencari perlindungan daripadaNya.

Hanya penyerahan diri kita kepada Allah dan melindungi diri kita dengan keikhlasan Du’a dan Tawakkal kepada Allah sahaja la kekuatan yang ada pada diri kita.

Ya Allah, ampunilah kami, bersihkanlah hati kami dan berikan hati kami penuh keikhlasan untuk melakukan perkara yand telah diwajibkan di atas kami. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Kebersihan Hati – Kenapa Kita Perlu Membersihkan Hati Kita?

Hati kita ialah seketul daging yang merupakan penggerak untuk segala perbuatan dan tingkah-laku kita. Hati kita yang menjadikan kita…. apa kita terlintas dihati, itulah kita ….. maknanya jika kita fikir perkara yang tidak baik, atau melakukan perkara yang tidak baik sebabnya ialah hati kita, dan berfikiran kita untuk melakukan perkara yang baik juga datang dari hati kita…

Firman Allah swt

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا

Maksudnya ialah :

Maka Sesungguhnya menanglah orang yang mensucikan (hati) jiwa, yaitu dengan ketaatan kepada Allah.

وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا

Maksudnya ialah :

Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya (jiwa/hati). (Asy-Syams: 9-10)

Jadi untuk selalu berfikiran baik kita perlu menjaga hati kita! Mengapa kita perlu menjaganya? Jika kita tidak menjaganya, kita akan lalai dengan duniawi ini….

Hati kita perlukan makanan dari segi batiniah iatitu makanan dari mengingatkan Allah…. seperti badan yang sihat kita perlukan makanan dari segi zahir yang sihat untuk memberi kita kesihatan pada tahap maksimum, begitu juga dengan hati kita in sha Allah.

Jika kita berikan makanan yang kurang baik atau makanan yang busuk, badan kita pun akan rosak dan lama kelamaan akan reput dan akan mengalami banyak kesakitan yang kita tak dapat kawal atau menghadapi pada masa yang kita perlu melawan sakit itu. NauzubiLlahi minzalika.

Terutama sekali pada waktu musibah yang berat sedang melanda disetiap pelusuk dunia sekarang ini…. untuk melawan dan untuk menguatkan imunisasi untuk badan kita, kita perlu memberi badan kita dengan makan yang berkhasiat.

Begitu juga dengan hati kita. Untuk memberi makanan yang baik untuk hati kita ialah kita perlu mengingati Allah pada setiap masa dan setiap waktu dan bukan pada masa solat sahaja untuk melawan perasaaan atau fikiran buruk yang akan selalu dibisikkan olah syaitan!
Firman Allah swt :

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ تَزَكَّى ، وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى
Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (jiwa/hati dengan beriman), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia salat. (Al-A’la: 14-15).

Dengan cara mengingati Allah sahaja dapat memberi kesihatan yang baik untuk hati kita supaya kita dapat cekal mengharungi musibah yang tak diduga sekarang ini. Biznillah.

Ya Allah bersihkan lah hati kami dan ampunilah hamba- hamba Mu. Ameen ameen ameen Ya Allah

Mengapa Berdoa Merupakan Perisai Bagi Orang Muslim?

Apakah itu berdoa? Mengapa berdoa itu penting? Sebelum saya memahami mengapa berdoa itu penting, saya selalu terjumpa buku (sebelum PKP) dikedai atau diberi semasa majlis kenduri atau aqiqah – “Doa Perisai Seorang Muslim”. Saya selalu tertanya apakah maksud di sebalik ‘berdoa itu adalah perisai atau pelindung kita’? Mengapakah ia perisai atau pendinding kita?

Mungkin saya boleh kongsi perstiwa yang berlaku pada diri saya, selepas kehilangan anak didalam kandungan saya yang sudah hampir 8 bulan dan hanya tunggu untuk dilahirkan, pada masa itu, barulah saya memahami mengapa berdoa itu menjadi pendinding atau pelindung untuk kita…..

Selepas terjadinya ujian itu pada saya barulah saya betul-betul mengerti bahawa, sesungguhnya berdoa itu adalah untuk melindungi kita, keluarga atau anak di dalam kandungan dari apa- apa kejadian yang tak diingini dan untuk meminta apa-apa dari Allah swt., Maha Pencipta kita! Selepas peristiwa itu saya pun berteraskan pada doa supaya diberikan rezeki untuk mengandung lagi…. tanpa henti saya akan berdoa supaya diberikan rezeki lagi dan tak lama kemudian, dalam 3 bulan selepas kehilangan anak sulung saya, saya diberikan rezeki lagi dan 3 kali rezeki bonus selepas itu…. Subhana Allah Alhamdulillah.

Hanya melalui pintu berdoa’ sahajalah kita akan dapat menjalinkan hubungan dengan Allah swt. dan hanya dengan berdoa sahajalah salah satu satunya cara untuk kita mewujudkan keakraban kita dengan Allah swt.

Berdoa itu adalah untuk membuka hati kita kepada Allah swt. Mengapa kita perlu berdoa/berkomunikasi dengan Allah? Kerana kita tidak ada cara lain untuk merayu dan memohon apa sahaja keperluan kita, dan juga semua kesedihan yang kita alami selain dari berdoa kehadrat Allah swt. Hanya pada Allah swt sahaja yang kita menitiskan air mata kita.

Kita adalah hambaNya yang lemah dan tak berupaya dan kita juga tidak diberi kelebihan untuk melihat Allah dengan mata kasar kita.

Nabi Musa (as) yang telah diberi kelebihan untuk bercakap dengan Allah pun tidak dapat melihatNya, apakan kita – hambaNya yang paling lemah dan tak berdaya…. jadi kita hanya dapat merasai kewujudan dan adanya Allah. Dan cara untuk merasai adanya kehadiran Allah ialah dengan berkomunikasi denganNya melalui berdoa padaNya.

Berdoa pada Allah adalah tanda bahawa kita:

•  Mensyukuri nikmat yang diberi oleh Allah
•  Menundukkan dan merendahkan diri padaNya
•  Mengabdikan diri
•  Mensucikan diri
•  Meminta ampun dan thoubah dariNya
•  Meminta pertolongan
•  Mendekatkan diri pada Allah
•  Mentauhidkan Allah
•  Meminta redha, rahmah dan kasih sayang dariNya…
•  Meminta diberi kasabaran untuk melalui ujian yang diberi oleh Allah

Waktu yang perlu kita sangat-sangat meminta ialah pada waktu sekarang, waktu sedang covid-19 ni melanda dengan ramai kematian dari segala pelusuk dunia dan ramai yang berada di hospital dalam keadaan tenat. Allahu Akbar.

Ya Allah, kami menadah tangan kami dan bersujud padaMu dengan penuh keikhlasan, kehibaan dan penuh kesedihan. Ya Allah dengarlah doa-doa kami ini supaya dikabulkan dan diperkenankan dengan doa-doa yang telah kami panjatkan dan pohonkan. Kami sangat memerlukan rahmat dan kasih sayang dariMu. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Allah Itu Siapa? Kenapa Kita Mesti Mengenali Allah?

Siapakah Allah? Mengapa kita perlu mengenali Allah? Dan bagaimana caranya untuk kita mengenali Allah lebih dekat?

Jikalau saya ingin menceritakan Siapa itu Allah, blog ini tidak akan cukup untuk kita mengenali Allah dan keAgunganNya. Jadi untuk permulaan, saya akan ambil apa yang Allah sendiri mengenalkan diriNya dari kitab suci Al-Quran. Allah swt telah menerangkan mengenaiNya di dalam Surah al Ikhlas :

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
(Surah al-Ikhlas, terj.Jakim)

Maksudnya ialah Allah itu hanya Satu Sahja, bagiNya tidak ada sekutu.
Dia berdiri Diri Sendiri,
dan tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah adalah Maha Esa, Satu, tiada lain yang dapat menyerupai denganNya atau sama denganNya. Dia tidak mati atau dihidupkan, bagiNya
tiada permulaan dan tidak berakhir.

Allah telah mengenalkan dirinya juga didalam Al-Quran sebagai bismillahiramanirrahim iaitu Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Dari nama yang dikenalkan diriNya sendiri, Dia adalah Pencipta Yang Penyayang dan Maha Mengasihani. Selain itu, Dia telah mengenalkan 99 namaNya yang lain didalam Asmaul-Husna. Salah satu namaNya ialah Al-Khaliq iaitu Maha Pencipta. Al-Razzaq, pemberi rezeki dan banyak lagi…..

Jadi Allah adalah Pencipta yang Maha Esa! Pencipta alam semasta dan segala galanya, kita semua dan juga pencipta wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini….

Kita tahu bahawa Allah adalah pencipta kita. Dia telah mencipta kita dengan sebabNya tersendiri. Dia jugalah pencipta alam semesta ini termasuk wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekarang.

Soalannya ialah kenapa kita perlu mengenali siapa Pencipta kita dengan lebih dekat dan memahami dan mengetahui siapa Allah swt sebenarNya melalui nama-namaNya yang disebutkan didalam kitab suci Al-Quran
Antara jawapanya ialah:

1) Jika kita tidak mengenali Allah lebih dekat bagaimana kita akan tahu tentang kekuasaanNya?

2) Jika kita tidak mengenali siapa Allah, kita tidak akan tahu bahawa Dia jugalah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui  segalanya…. 

3) Jika kita tidak tahu bahawa Alah itu amat penyayang, bagaimana kita ingin meminta rahmah dari Allah yang sangat Penyayang terhadap kita manusia yang banyak kelemahan.

4) Jika kita tidak mengenali Allah, bagaimana hendak kita berdoa dan meminta padaNya?

5) Jika kita tidak mengenali Allah, pada siapa kita hendak meminta rezeki kita?

6) Jika kita tidak mengenali Allah, pada siapa kita hendak memohon perlindungan dari apa-apa bencana termasuklah wabak penyakit Covid-19 ini?

7) Jika kita tidak mengenali Allah, pada siapa hendak kita mensyukuri nikmat diberi kesihatan, penglihatan dan nikmat lain….?

Jadi adalah wajib , mustahak dan penting untuk kita mengenali Allah swt dan kebesasaranNya.

1) Supaya kita dapat tunduk dan menghambakan diri padaNya

2) Meminta pengampunan dariNya

3) Kita adalah hamba – hamba Allah yang dhaeef dan kurang berupaya yang sentiasa perlu bantuan dari Allah untuk segala galanya, tanpa bantuanNya kita tidak boleh hidup, hanya padanNya sahaja kita serah dan memohon dua’ dan pertolongan.

4) Kita semua adalah milikNya dan akan kembali padaNya pada waktu yang telah ditetapkan olehNya

Ya Allah ampunilah kami dan kurniakan la kami thaufeeq untuk dapat lebih mengenaliMu secara lebih dekat dengan Rahmah -Mu ya Allah.
Ameen ameen ameen Ya Allah.

Mengapa Covid-19 Masih Mengganas Dan Tak Ada Tanda Untuk Berkurangan?

Sudah hampir 2 tahun, Allah telah menurunkan wabak penyakit bernama Covid-19.

Hanya Allah swt sahaja Maha Mengetahui Sebab dan Hikmah sebaliknya.

Ada seketika ia melihatkan tanda ia akan berkurangan mengikut landaian graf tetapi semakin hari, semakin melambung tinggi dan menjadi tak terkawal… NaoozubilLah min zalik 🤲

Mengapa keaadan menjadi sebegini walaupun adanya vaksin?

Mengapa Allah telah menurunkan wabak ini?

Bagi pendapat saya dan berdasarkan pengajian sejarah yang telah saya baca sebelum ini melalui kisah-kisah islam yang telah diturunkan di dalam kitab suci kita Al-Quran. Peristiwa sejarah seperti ini telah berlaku pada zaman Firaun, kaum Aad, kaum Thamud dan banyak lagi….. Kisah-kisah dan kejadian ini telah berlaku kerana:

•  manusia mula engkar dengan peraturan dan haqq yang telah Allah wajibkan pada manusia
•  manusia sudah mula lupa dan tidak takut akan kekuasaan Allah sebagai pencipta Maha Agung kita, Allah swt
•  manusia tidak menunaikan hukum syariat yang ditetapkan mengikut Al-Quran…
• manusia tidak menunaikan ibadah yang diwajibkan seperti solat pada waktu yang diwajibkan..
• manusia sudah lupa menjadi ihsan pada manusia lain seperti di negara Palestin dengan memberi bantuan dan sebagainya…
•  manusia tidak mahu memahami dan mengenali Allah yang sebenarnya, manusia lebih suka mencari yang tak benar dan diluar syariat Islam
•  manusia lupa untuk bertaubat, momohan dan meminta pengampunan dari Allah
•  manusia lupa untuk berlindung dengan Allah dari apa-apa dan segalanya
•  manusia lupa untuk betawakkal pada Allah
• manusia lupa untuk meminta rezeki dari Allah, Allah adalah sumber utama pemberi rezeki untuk setiap makhluknya
•  manusia mencari rezeki bukan dari sumber yang halal tetapi melalui penindasan, secara haram dan sebagainya
•  manusia sudah lupa untuk bergantung pada Allah tetapi sebaliknya dan bergantung pada yang lain dari Allah …. nauzubillahiminzalik
• manusia membuat kerosakan pada muka bumi ini sesuka hati tanpa beringat bahawa bumi ini dan semua makhluk dibumi ini adalah milik Allah

Wallahu A’lam, Hanya Allah swt, yang Maha Mengetahui, yang tahu segala suatu … Jadi Allah swt telah menurunkan wabak penyakit ini dengan sebab sebab yang tertentu … antaranya untuk meingingatkan kita untuk:

• beringat dengan Allah, Maha Pencipta Agung kita
• membuat refleksi tentang penghidupan dan cara hidup kita … adakah hidup kita untuk Allah?
•  mencari rezeki yang bersumberkan carian yang halal
•  menunaikan ibadah wajib kita dengan lebih sempurna
•  lebih mengenali Allah, siapa Allah sebenarnya dan mengapa Dia telah mencipta wabak ini?
• mencari keredhaan Allah untuk dunia dan akhirat
•  mencari hak dan kebenaran demi Allah
•  menjadi lebih tanggungjawab pada semua termasuk alam sekeliling kita

Oleh itu, covid-19 akan menjadi lebih ganas jika kita tidak tunduk kepada kehendak Allah swt, yang menciptakan kita semua.

Wahai manusia, kembalilah kepada Allah swt dengan ketaatan dan berteraskan doa pada Allah, selalu ingatkan tentang kewujudan Allah swt dan menerima hakikat bahawa kuasa mutlak hanya milik Allah swt sahaja.

Ya Allah kami memohon keampunan-Mu dengan Rahmah-Mu kerana Rahmah-Mu lebih luas dari Azab-Mu.

Ya Allah ampunkan la segala dosa -dosa kami dan kami mohon kepada-Mu agar tidak menghukum kami atas dosa-dosa kami yang kami lakukan….

Ya Allah, tolong berikan kami perlindungan-Mu dari wabak Covid-19 ini.

Ya Allah kami juga memohon perlindungan-Mu dari segala penyakit yang berbahaya bagi kami.

ya Allah kami adalah hamba-hamba-Mu yang lemah dan dhaeef.
Ameen ameen ameen Ya Allah.

Adakah Ibadah Puasa Kita Diterima Oleh Allah swt?

Setelah sebulan kita telah melawan nafsu kita dari
• makan dan minum dari waktu subuh hingga ke maghrib
• bercakap tentang perkara yang tidak memberi sebarang manfaat
• menahan nafsu batin untuk bersama dengan pasangan halal kita diwaktu siang hari…

Setelah sebulan kita telah berusaha dengan daya upaya untuk melakukan amal solihat seprti

• Berpuasa sepanjang bulan Ramadhan kerana Allah swt
• Qiyamullail sepanjang atau sebahagian malam kerana Allah swt
• Membaca alQuranul kareem kerana Allah swt.
• memberi sedekah pada yang memerlukan
• belajar, memahami sedikit sebanyak mungkin dan cuba mengamalkan ajaran dari Al-Quran dan Assunnah
• sentiasa mengingati dan berzikir pada Allah swt
• memaafkan orang yang pernah menyakiti kita
• bertaubat pada Allah dan meminta pengampunan dariNya
• menunaikan solat sunat khas iaitu terawih
• menunaikan solat tahajjud sebelum bersahur

Jadi bagaimana untuk mendapat kepastian bahawa ibadah kita sepanjang Ramdhan telah diterima oleh Allah swt?

Antara tanda tanda ibadah kita telah diterima oleh Allah swt ialah :

• Kita terasa rindu pada bulan Ramadhan yang penuh rahmat
• Kita dapat rasa bahawa kita telah menerima Rahmah Allah swt
• Kita dapat rasa bahawa kita telah menjahukan dari segala munkrat dan perkara Haram
• Kita dapat rasa bahawa kita telah Menjadi Hamba Hamba  ALLAH yang sejati
• Kita dapat menunaikan ibadah puasa 6 di bulan syawal
• Pada Bulan shawwal dan bulan-bulan yang akan datang, kita juga dapat meneruskan menunaikan pelbagai ibadah seperti di bulan Ramadhan yang telah berlalu seperti sambung belajar dan fahami AlQuran, sadqa, dan banyak amal kebaikan
• dapat berjaga malam untuk bertahajjud
• kita dapat menjaga nafsu seperti menjaga makan dan sebagainya.
• Kita dapat mengingatkan diri untuk sentiasa bersedekah pada yang tidak berkemampuan
• Kita dapat zikruLlah dan sentiasa memperingati Allah swt
• kita dapat mengawal lidah dan bercakap hanya untuk kemanfaatan dan bukan bercakap yang sia-sia

Ya Allah, terimalah ibadah kami, berikanlah kerahmatan, pengampunan dan jauhkanlah kami dari api neraka Jahannam. Ameen ameen ameen Ya Allah

Sunat Puasa Enam Syawal dan Nikmatnya

Alhamdulilllah, kita diberi peluang untuk mengabdikan diri kepada Allah selama 30 hari di bulan Ramadhan yang penuh barakah. Kita juga disunatkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad (saw) untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal.

Apakah fadhilat dan manfaat berpuasa 6 ini? Antaranya ialah :

•  Enam hari berpuasa pada bulan Syawwal ini adalah sama seperti berpuasa sepanjang satu tahun…

•  Melalui Enam hari berpuasa akan dapat membina lebih ketaqwaan kepada Allah swt.

•  Melalui Enam hari berpuasa akan dapat keikhlasan kita kepada Allah swt.

•  Melalui Enam hari berpuasa akan dapat Pengabdian diri kita kepada Allah bahawa kita adalah hamba yang bersyukur padanya.

•  Melalui Enam hari berpuasa akan dapat satu Ibadah yang bersambung dengan bulan Ramadhan untuk mendapatkan perasaan ketaqwaan.

• Enam hari berpuasa di bulan Syawwal akan menjadi pampasan untuk sebarang kelemahan dalam ibadah puasa di bulan Ramadhan

• Melalui Enam hari berpuasa ini akan dapat bukti bahawa puasa Ramadhan kita diterima oleh Allah swt.

Ya Allah kami memohon kepada RahmatMu untuk maqbul segala ibadah hamba-hambaMu yang lemah ini. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Satu Syawal : Hari Kemenangan Orang Yang Beriman

Syawal sudah menjelang, Alhamdulilllah! Tetapi adakah sayawal satu kemenangan untuk kita semua???!!!!

Sudahkah kita betul-betul menang? dari hawa nafsu yang memusnahkan manusia, antaranya :

• Kita dapat melawan nafsu ammarah dan berusaha dapatkan  nafsu muthmainnah.
• Kita dapat berusaha sepenuhnya untuk mendaptkan taqwa.
• Kita dapat mengabdikan diri melalui taat setia kepada perintah -perintah Allah swt.
• Kita dapat merealisasi apa kah erti dan maksud dengan miliki harta dan menjadi orang kaya didunia ini , iaitu kita tidak miliki apa apa pun ……semua adalah milik Allah swt.
• Kita dapat  berjaya manahan hawa nafsu dan dapat pengabdian diri pada Allah melalui ibadah puasa.
• Kita dapat satu kegembiraan unik untuk menghadapi Allah pada hari mahshar kerana kita dapat menjadi orang yang bertaqwa padaNya melalui ibadah  puasa kerana Allah swt.
• Kita dapat membina Silathurahim dengan pelbagai cara tolong-menolong antara satu sama lain mengikut kehendak Allah swt.

Alhamdulilllah, Kita semu mengharap pengampunan dari Allah, dapat menahan diri dari semua perkara perkara yang keji dan tidak baik dengan kadar kemampuan kita. Alhamdulillah shukur kepada Allah swt, kita semua sudah dapat kemenangan besar di hari syawal – Eidulfithr ini… antara tanda tanda kemenangan kita ialah:

• Kita sudah lawan nafsu ammarah dan berusaha dapatkan  nafsu muthmainnah.
• Kita dapat berusaha sepenuhnya untuk mendaptkan taqwa.
• Kita dapat mengabdikan diri melalui taat setia kepada perintah -perintah Allah swt.
• Kita dapat merealisasi apa kah erti dan maksud dengan miliki harta dan menjadi orang kaya didunia ini , iaitu kita tidak miliki apa apa pun ……semua adalah milik Allah swt.
• Kita dapat  berjaya manahan hawa nafsu dan dapat pengabdian diri pada Allah melalui ibadah puasa.
• Kita dapat satu kegembiraan unik untuk menghadapi Allah pada hari mahshar kerana kita dapat menjadi orang yang bertaqwa padaNya melalui ibadah  puasa kerana Allah swt.
• Kita dapat membina Silathurahim dengan pelbagai cara tolong-menolong antara satu sama lain mengikut kehendak Allah swt.

Satu Syawal – Eidulfithr juga adalah satu Perayaan untuk merapatkan diri kepada Allah melalui mengagungkan Allah dengan KetauhidanNya, KetahmidanNya dan KebesaranNya dengan memperbanyakkan :

1. Takbir dengan “Allahu Akbar” , untuk mengagungkan kebesaran Allah.
2. Tahmid dengan `Alhamdulillah’untuk  menzahirkan kesyukuran kepada Allah ke atas semua nikmat diberikan.
3. Tasbih dengan “Subhanallah “ untuk mensucikan Allah dari shirk dan sifat-sifat makhluk-Nya yang lemah artinya Maha Suci Allah, dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya
4. Tahlil dengan “La ilaha ILlaLlah “ untuk mengagungkan ketauhidan Allah Yang Maha Esa
5. Cara pemakaian kita  pada hari raya menunjukkan pengabdian kita kepada Allah swt.melalui pakaian Sunnah Nabi (saw)
6. Menjalin hubungan silaratulrahim antara sesama yang lain kerana Allah swt.

Penularan pandemik COVID-19 ini telah membuka mata dan minda banyak pihak di seluruh dunia.

Wabak ini telah menjadi satu
amaran dan pengajaran untuk dunia, khasnya untuk umat Islam menguji katakwaan dan keikhlasan mereka kepada Allah swt semasa mereka beribadah puasa

Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa tunduk, patuh, taat dan menurut segala perintahMu kerana kami telah berjanji untuk menjadi orang yang bertaqwa padaMu sepanjang bulan  ramadhan yang mulia ini dan sehingga hari kita dipanggil balik padaMu Ya Allah. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Apakah Zakat? Dan Apakah Hikmah Kewajiban Berzakat?

Dalam Islam Zakat ialah salah satu Rukun Islam. Ia adalah rukun islam yang keempat dan termasuk dalam kategori ibadah wajib.

Zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.

Terdapat dua jenis Zakat, Zakat Harta dan Zakat Fitrah, kedua-dua ini adalah wajib mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh shariah.

Zakat Harta :

Zakat harta adalah wajib di atas setiap seorang Muslim apabila dia telah layak mengeluarkan zakat hartanya mengikut hukum shariah.

Apa kah Zakat Harta?

Zakat harta mengikut hukum shariah adalah untuk membersihkan harta yang dimiliki kerana Allah swt. Dengan pemberian zakat kepada asnaf mengikut hukum shariah, akan dapat membasmi kemiskinan dan juga keadilan ekonomi di muka bumi ini.

Zakat Fitrah:

Zakat Fitrah, wajib dikeluarkan selepas berbuka puasa untuk beraya dan selesainya Ramadan kerana Allah. Zakat Fitrah wajib diberi sebelum solah Eid kepada faqir miskin.

Apakah itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Ini adalah selpas kita telah berpuasa hampir sebulan untuk penyucian jiwa kita dan menjadi orang-orang bertaqwah kerana Allah, Pencipta kita yang Maha Agung. Alhamdulilllah, syukur pada Allah swt.

Melalui pemberian zakat harta dan juga zakat fitrah kita akan dapat menyuci jiwa dan juga bersihkan harta yang kita miliki.

Mengapa kita perlu menyucikan harta dan jiwa kita melalui pemberian zakat? Antaranya ialah:

• untuk memperhambakan dirinya kepada Allah dan  patuh dan tunduk kepada kehendak dan arahan Allah swt.

• Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt kerana kita diberi banyak rezeki dengan menikmati pelbagai jenis makanan, kesihatan, pakaian dan juga tempat tinggal yang selesa.

• sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah swt atas segala kenikmatan dan keselesaan yang diberikan kepada kita

• untuk merasa belas kasihan kepada orang kurang bernasib baik

• supaya kita tidak merasa bahawa harta yang kita miliki bukan milik kita tetapi milik Allah swt.

• supaya dapat merendahkan diri kepada Allah swt kerana kita tahu bahawa semuanya adalah milik Allah swt, dan kita tidak mempunyai apa-apa.

• sebagai pengganti mengisi segala kekurangan dan kesilapan yang berlaku semasa kita berpuasa

• Berkongsi makanan dengan golongan yang tidak berkemampuan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada-Mu untuk keampunan-Mu atas segala kekurangan, kesilapan dan kesalahan kami dalam ibadah untukMu di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, berikanlah kepada kami jiwa yang tenang, tenteram, syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami dengan shafaa’ Ramdahan al-Mubarak.

Ameen ameen ameen ya Allah.

Lailathul Qadr : Hadiah Unik dari Allah swt

Satu malam bersamaan atau lebih baik dari 1000 bulan! Itulah hakikatnya sebenar – benar malam Lailathul Qadar yang Terindah.

1 malam lebih utama dari 1000 bulan atau lebih dari 83 tahun amal kebaikan yang kita telah buat. Allah swt telah kurniakan kita malam yang maha mulia ini untuk mendapatkan keredhaanNya, penghampunanNya serta keselamatan dan perlindungan dari azab api neraka -jahannam dengan Rahma Allah swt.

Bukankah ini satu kemahuan yang istimewa bagi setiap seorang insan yang namanya manusia? Tentulah ya, kerana tiada bandingan sebuah malam seperti ini …. dengan keunikannya melainkan malam Lailathul Qadr dalam bulan Ramadhan sahaja.

Saya sering tertanya mengapa Allah swt memberi kebesaran dan kemulian kepada satu malam sebegitu besar nikmatnya?!!!

Sebagai Insan akhir zaman, umur kita telah dipendekkan berbanding dengan umur hamba – hamba Allah yang sebelumnya…. seperti nabi Adam (as) yang telah diriwaytkan umurnya menjangkau 1000 tahun lamanya. Kita tidak mempunyai banyak peluang untuk berbuat kebaikan seperti hamba-hamba Allah yang sebelumnya…. jadi inilah hadiah terindah untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa padaNya pada akhir zaman ini.

Ya Allah, jadikanlah malam Lailathul Qadr satu hadiah terindah untuk mendapatkan keredhaanMu dengan RahmatMu……

Ya Allah, ampunila kami dengan RahmatMu,
kurniakanla kami pengampunanMu dengan MaghfirahMu

Ya Allah selamatkanla kami dengan keselamatanMu, lindungila kami dengan PerlindunganMu dari azab api neraka ya Robbal Aalameen.

Ya Allah kami hamba -hamba Mu yang sangat dhaif yang sentiasa sangat memerlukan rahmahMu ya Arhama-Rrohimeen.

Ameen ameen ameen Ya Allah!

Design a site like this with WordPress.com
Get started