Penyakit hati adalah benar dan perlu diubati dengan ubat yang mujarrab. Apakah Tanda Penyakit Hati?
Hati atau Qalbu kita ialah penggerak kita atau nucleus kehidupan kita.
Apa sahaja yang ingin kita lakukan bermula dengan niat melalui hati kita. Jika hati kita tidak sihat atau berpenyakit maka kita akan berbuat sesuatu tanpa berteraskan pada agama kita atau akhlaq yang baik kita.
Apakah tanda – tanda hati yang tidak sihat dan seseorang mempunyai penyakit hati? Antaranya adalah:
• Akan menjadi seorang manusia yang sentiasa inkar perintah Allah dan tidak mempunyai akidah
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak berguna pada diri sendiri dan juga pada makhluk – makhluk yang lain.
• Akan membuat kerosakan di atas muka bumi ini dengan pelbagai fasad seprti rasuah, kebencian dan huruhara.
• Akan menjadi seorang manusia yang menghitung atau mengharapkan sesuatu dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara dan tidak Ikhlas apabila melakukan sesuatu perkara mahupun untuk akhirat ataupun untuk duniawi
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak akan menerima nasihat agama atau tidak akan menerima teguran oleh sesiapa pun.
• Akan menjadi seorang manusia yang degil dengan pendirian hanya dia sahaja yang benar atau berperasaan riya’ dan ego‘
• Akan sentiasa berbangga dan merasakan hanya dia sahaja yang terbaik dan tak akan melakukan sebarang dosa
• Akan menafikan dengan sengaja apa sahaja perkara yang buruk dan tidak baik yang dia melakukan
• Akan menolak dan juga tidak memikirkan tentang baik n buruk bila melakukan sesuatu perkara… baginya semua ok sahaja.
• Akan menolak Qadha dan Qadar yang ditetapkan oleh Allah.
• Akan sentiasa membenci orang lain dan tidak memaafkan pada seseorang pun.
• Akan sentiasa dalam keadaan sombong, perasaan angkuh, bongkak dan takabbur.
• Akan selalu marah tanpa ada sebab yang munasabah
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak ada ketenangan fikiran dan jiwa
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak bertimbang rasa tentang orang lain ataupun keadaan.
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak memimikirkan tentang orang lain / pentingkan diri sendiri sahaja (very selfish)
• Akan menjadi seorang manusia yang sentiasa dengan perasaan hasad dan dengki dengan kesenangan orang lain
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak mensyukuri nik’mat Allah
• Akan menjadi seorang manusia yang tidak berfikiran positif pada Allah swt.
• Akan sentiasa menafikan kewujudan Allah dan tidak merasakan bahawa segalanya adalah milik Allah.
• Akan menolak Sunnah Nabi Muhammad (saw)
• Akan menjadi seorang manusia yang sentiasa melengahkah untuk berbuat sesuatu perkara yang baik
• Akan menjadi seorang manusia yang selalu bercakap yang tidak benar / suka menipu / suka berbohong / mengeluarkan kata-kata yang kesat
• Akan menjadi seorang manusia yang selalu suka mengumpat orang lain atau bercakap tentang keburukan orang lain
• Akan menjadi seorang manusia yang selalu tidak mahu memberi pertolongan pada orang lain atau makhluk Allah yang lain dari segi memberi sedekah atau pun dari segi bantuan tenaga atau sebagainya
• Akan menjadi seorang manusia yang selalu mensyirikkan / menyekutu / mempercayai pada lain selain Allah (NauzubiLlahi minzalika)
Kerosakan hati atau berpenyakit hati adalah disebabkan hati kita tidak dibersihkan dengan ZikruLlah, untuk kita mengingati Allah swt, ini yang akan menyebabkan orang itu selalu berbuat dosa tanpa disedari atau menyedari dosa itu.
Apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa mengikut batasan dan had yang ditetapkan oleh aqidah, kita senang terkeliru dengan bisikan syaitan yang selalu hendak melihat kita terpesong kearah yang tidak berlandaskan hukum Islam. NauzubiLlahi min zalik.
Ya Allah, tetapkanlah hati kami dan bersihkanlah hati kami dari penyakit hati yang akhirnya akan merosakkan kami dari perkara yang benar.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari penyakit-penyakit hati dan jadikan kami orang yang sentiasa beringat padaMu.
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami yang kami lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja, yang kami tidak ketahui atau diketahui.
Ya Allah, jauhkanlah kami dari bisikan dan godaan syaitan yang akan sesatkan kita keluar dari akidah kita atau terkeluar dari Agama-Mu Islam, NaoozubilLah min zalik.
Ameen ameen ameen Ya Allah.