Mengapa Perlu Adanya Akidah?

Apakah itu Aqidah? Mengapa ia penting dan mengapa kita perlukan Aqidah dalam kehidupan kita seharian?

Sebenarnya apa yang kita fahami mengenai Aqidah?

“Aqidah (العقيدة) dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab (عَقَدَ) yang bermakna ‘ikatan’ atau ‘sangkutan’ atau menyimpulkan sesuatu.”

“Menurut istilah (terminologis) ‘aqidah’ bererti ‘kepercayaan’, ‘keyakinan’ atau ‘keimanan’ yang murni (hanif) dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.”

Pengertian aqidah dalam Al-Quran adalah keimanan kepada Allah swt iaitu mengakui kewujudan-Nya dengan segala sifat – sifat dan af’aal Nya . Dari segi fungsinya ialah , Allah swt sebagai Rabb (رب), Malik (مالك), dan Ma’bud (معبود) atau Ilah (إله) seperti dapat dilihat dalam Surah Al-Fatihah ayat 2, 4, 5, Surah An-Nas ayat 1, 2, 3.

Mengapa kita perlukan aqidah dalam kehidupan seharian kita?

Aqidah Islamiah adalah kepercayaan yang benar di atas jalan yang lurus yang diberikan oleh Allah swt.

Adalah wajib di atas kita untuk menjalani kehidupan kita selaras dengan aqidah yang ditetapkan oleh Allah swt, supaya kita tidak sesat dari jalan yang lurus yang ditetapkan oleh Allah swt. dan RasulNya.

Tanpa “aqidah“ hidup kita akan menjadi sia-sia, tidak akan terurus dan tidak berdasarkan apa yang ditetapkan didalam Kitab Suci Al-Quran dan Assunnah. Allahu Akbar.

Jadi semua ibadah yang dikerjakan mestilah berlandaskan kepada aqidah dan iman.

Seseorang yang hidup tanpa aqidah ialah seperti bahtera yang berlayar dilautan yang besar tanpa sesiapa yang mengawal bahtera itu dan terumbang-ambing di lautan dan tidak dapat menuju ke tempat yang patut ditujui…. dan akan belayar kemana-mana tanpa mengetahui dimana dia akan berakhir….dan akhirnya akan tersesat di lautan yang luas itu selamanya. NauzubiLlahi minzalika.

Seseorang yang menjalanakan kehidupannya tanpa aqidah juga adalah seperti seseorang yang tidak mempunyai sauh dilautan untuk menambat bahtera dilautan daripada terhempas di tebing batu lalu boleh membahayakan diri mereka sendiri. NauzubiLlahi minzalika.

Aqidah mestilah diterapkan didalam kehidupan kita supaya kita tidak sesat dari jalan yang lurus atau akan terkeluar dari misi kita, iaitu amanah kita sebagai khalifah didunia ini. jikalau kita tidak mengikut hidup mengikut akidah, kita akan menjadi orang yang zolim yang sentiasa menzalimkan diri, dan akhirnya memudharatkan diri sendiri. NauzubiLlahi minzalika.

Ya Allah, sematkanlah aqidah yang lurus didalam hati kami agar kami dapat peroleh keredhaan- Mu ya Allah.

Ya Allah kuatkan la iman kita dengan aqidah yang lurus seperti mana yang
diperintahkan oleh-Mu ya Allah supaya kita semua menjadi kalifah yang sentiasa mengikut perintahMu. Ameen ameen ameen Ya Allah.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started